Disepanjang Bengkel berlangsung, pelbagai isu berkaitan Langkawi telah dikupas dan dibincangkan bagi melonjakkan semula Langkawi ke tahap yang boleh dibanggakan. Antaranya termasuklah Pelancongan, Pembangunan Komuniti, Pelaburan dan Infrastruktur.
Di hari akhir Bengkel, sebuah Pelan Tindakan yang komprehensif telah berjaya dihasilkan oleh peserta bagi menjelmakan tindakan selaras dengan yang digariskan dalam Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015. Penyediaan Pelan Tindakan telah mendapat rujukan dari Pegawai ICU dan USM.
Melalui Blueprint Pelancongan Langkawi, Kerajaan berharap untuk mencapai pendapat hasil pelancongan dari RM1.8 bilion kepada RM3.8 bilion menjelang 2015 malah kedatangan pelancong meningkat dari 2 juta sedia ada kepada 3 juta pelancong menjelang tahun tersebut. Malah peluang pekerjaan kepada 4,200 orang dapat disediakan.





















