• jsbaner75
  • jsbanner74
  • jsbanner72
  • 03x
  • 03x
  • jsbanner58
  • 03x
  • Demo Image
  • Demo Image
  • Demo Image
  • Demo Image
  • Demo Image
  • Demo Image
  • Demo Image

Terkini

  • Langkawi International Laksa Carnival (LILAC)

    Bertempat di Laman Padi Langkawi,pada 31 Mei – 2 Jun 2013 : “Langkawi International Laksa Carnival (LILAC)”

    SELANJUTNYA

     

Gotong-royong Pulau Tuba anjuran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan(MPLBP) telah diadakan pada 6 April 2011 bertempat di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Tuba, Langkawi.

Seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri dari wakil jabatan dan penduduk Pulau Tuba menyertai program gotong-royong tersebut. Terdapat 2 sesi dalam program tersebut iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi di mana peserta perlu berhimpun untuk mendengar taklimat mengenai gotong-royong sebelum program bermula dan diikuti jamuan makan tengahari. Penduduk kampung dan wakil setiap jabatan telah dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan pembersihan. Ceramah mengenai kaedah pelaksanaan kitar semula serta kaedah pelaksanaan kompos turut diadakan pada sesi petang yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Objektif program ini adalah merupakan salah satu usaha bagi membersihkan kawasan Pulau Tuba yang merupakan kawasan pelancongan selain merupakan kawasan tapak geologi. Ianya juga bertujuan mewujudkan suasana persekitaran yang sihat. Program ini juga dilihat dapat mengeratkan serta mengukuhkan jalinan ukhwah diantara penduduk Kampung Pulau Tuba dan pihak berkuasa tempatan secara khususnya dan masyarakat sekitar Langkawi secara amnya selain mampu meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kepentingan kitar semula dan faedah pelaksanaan kompos. MPLBP sebagai penganjur percaya program seperti ini mampu memberi kesan yang mendalam kepada semua peserta dalam mewujudkan hubungan kerja yang konsisten selain mampu meningkatkan kualiti dan sistem komunikasi di antara kedua belah pihak. Turut sama dalam gotong-royong berkenaan ialah Pegawai Penerangan LADA, Ramizi Bin Hassan. Ramizi berkata, beliau amat berpuas hati dan gembira kerana dapat sama-sama menyumbang keringat dalam program ini selain dapat menjalankan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) LADA kepada orang ramai. Beliau juga berpendapat aktiviti ini seharusnya dijadikan sebagai aktiviti tahunan. Program tamat sekitar jam 04.30 petang.

Undian

Apa pandangan anda mengenai laman web baru kami?

Statistik

01799567
Hari IniHari Ini1172
SemalamSemalam1856
Minggu IniMinggu Ini6214
Bulan IniBulan Ini28476
SemuaSemua1799567
  • small-logo-4small-logo-6small-logo-9
  • small-logo-2small-logo-3small-logo-7small-logo-8