Print

Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Bahagian & Unit

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang memainkan peranan utama dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan, pentadbiran dan urus tadbir asset di LADA. Bahagian ini berfungsi untuk menentukan hala tuju pentadbiran am menerusi perancangan, kawalan dan pengurusan yang cekap dan berkesan selaras dengan kehendak peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa serta sejajar dengan misi dan visi LADA. Bahagian ini juga bertindak sebagai hub pengkalan data bagi mengemas kini maklumat-maklumat perjawatan dan personel kakitangan LADA. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertindak mengurus dan menyelenggara infrastruktur awam milik LADA.

FUNGSI

  • Pentadbiran awam
  • Perancangan sumber manusia dan pembangunan organisasi
  • Pembangunan personel
  • Pengurusan maklumat
  • Pengurusan kualiti
  • Pentadbiran kewangan
  • Mengkaji dasar-dasar berkaitan perkhidmatan dan pentadbiran yang bersesuaian untuk pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah LADA
  • Mengurus dan menyelenggara asset dan premis-premis milik LADA
Kemaskini Terakhir Pada 08 Disember 2011

Undian

Apa pandangan anda mengenai laman web baru kami?

Statistik

01761039
Hari IniHari Ini1260
SemalamSemalam1606
Minggu IniMinggu Ini9212
Bulan IniBulan Ini38330
SemuaSemua1761039
  • small-logo-4small-logo-6small-logo-9
  • small-logo-2small-logo-3small-logo-7small-logo-8