Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Teknologi Maklumat ditubuhkan bertujuan menguruskan segala aspek berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di LADA.
VISI
ICT sebagai pemangkin di dalam menjadikan Lembaga Pembangunan Langkawi sebagai sebuah organisasi yang unggul.
MISI
Mengoptimumkan penggunaan ICT dalam semua urusan di Lembaga Pembangunan Langkawi seiring dengan pelaksanaan Kerajaan Elektronik.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan sokongan terbaik dalam pengurusan perkakasan dan perisian ICT yang cekap dan sentiasa bersedia selaras dengan perubahan teknologi.
- Memberi perkhidmatan ICT yang terbaik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan teras di Lembaga Pembangunan Langkawi.
- Melaksanakan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dalam bidang tugas yang terlibat.
- Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan ICT di kalangan semua pegawai dan kakitangan di Lembaga Pembangunan Langkawi.
FUNGSI
- Melaksanakan tanggungjawab dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal berkaitan hal ehwal komputer di LADA
- Menjalankan aktiviti pengemaskinian laman web LADA iaitu http://www.lada.gov.my
- Memantau dan menyelenggara laman web pelancongan iaitu http://www.langkawigeopark.com.my
- Menyediakan slaid persembahan untuk sesuatu majlis/acara/lawatan dan juga membangunkan aplikasi multimedia untuk tujuan promosi di dalam dan luar negara
- Menyelenggara rangkaian komputer dan sistem maklumat di LADA
- Menyelenggara emel rasmi kakitangan dan pegawai di LADA
- Memantau operasi dan perjalanan sistem-sistem yang terdapat di LADA
- Bertanggungjawab memantau keselamatan ICT LADA
- Merekabentuk gambar-gambar dan poster-poster berkaitan untuk tujuan promosi dan pengiklanan di majalah-majalah pelancongan
- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa
DASAR KESELAMATAN ICT LADA
Dasar Keselamatan ICT Lembaga Pembangunan Langkawi mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Lembaga Pembangunan Langkawi. Muat Turun Dasar Keselamatan ICT LADA
Kemaskini Terakhir Pada 10 Januari 2012







