Print

Bahagian Teknologi Maklumat

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Bahagian & Unit

Bahagian Teknologi Maklumat ditubuhkan bertujuan menguruskan segala aspek berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di LADA.

VISI

ICT sebagai pemangkin di dalam menjadikan Lembaga Pembangunan Langkawi sebagai sebuah organisasi yang unggul.

MISI

Mengoptimumkan penggunaan ICT dalam semua urusan di Lembaga Pembangunan Langkawi seiring dengan pelaksanaan Kerajaan Elektronik.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan sokongan terbaik dalam pengurusan perkakasan dan perisian ICT yang cekap dan sentiasa bersedia selaras dengan perubahan teknologi.
  • Memberi perkhidmatan ICT yang terbaik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan teras di Lembaga Pembangunan Langkawi.
  • Melaksanakan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dalam bidang tugas yang terlibat.
  • Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan ICT di kalangan semua pegawai dan kakitangan di Lembaga Pembangunan Langkawi.

FUNGSI

  • Melaksanakan tanggungjawab dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal berkaitan hal ehwal komputer di LADA
  • Menjalankan aktiviti pengemaskinian laman web LADA iaitu http://www.lada.gov.my
  • Memantau dan menyelenggara laman web pelancongan iaitu http://www.langkawigeopark.com.my
  • Menyediakan slaid persembahan untuk sesuatu majlis/acara/lawatan dan juga membangunkan aplikasi multimedia untuk tujuan promosi di dalam dan luar negara
  • Menyelenggara rangkaian komputer dan sistem maklumat di LADA
  • Menyelenggara emel rasmi kakitangan dan pegawai di LADA
  • Memantau operasi dan perjalanan sistem-sistem yang terdapat di LADA
  • Bertanggungjawab memantau keselamatan ICT LADA
  • Merekabentuk gambar-gambar dan poster-poster berkaitan untuk tujuan promosi dan pengiklanan di majalah-majalah pelancongan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

DASAR KESELAMATAN ICT LADA

Dasar Keselamatan ICT Lembaga Pembangunan Langkawi mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Lembaga Pembangunan Langkawi. Muat Turun Dasar Keselamatan ICT LADA

Kemaskini Terakhir Pada 10 Januari 2012

Undian

Apa pandangan anda mengenai laman web baru kami?

Statistik

01798964
Hari IniHari Ini568
SemalamSemalam1856
Minggu IniMinggu Ini5610
Bulan IniBulan Ini27872
SemuaSemua1798964
  • small-logo-4small-logo-6small-logo-9
  • small-logo-2small-logo-3small-logo-7small-logo-8