Print

Soalan-Soalan Lazim

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Bantuan

Bilakah LADA ditubuhkan?

Lembaga Pembangunan Langkawi ditubuhkan pada tahun 1990 melalui Akta Parlimen, Akta 423.

Bilakah Langkawi diisytiharkan sebagai Langkawi Geopark?

Pada 1 Jun 2007

Apakah fungsi LADA?

Fungsi LADA sebagaimana termaktub dalam akta 423 adalah seperti berikut:

  • Menggalak, menggiat, mempercepatkan dan melaksanakan pembangunan sosioekonomi di kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi;
  • Menggalak dan memajukan kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan dan kawasan bebas cukai;
  • Menggalak, menggiat, dan melaksanakan pembangunan pelancongan dan insfrastruktur serta tempat kediaman, pertanian, perindustrian dan perdagangan di kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi dan Menyelaras prestasi aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan Lembaga Pembangunan langkawi.

Siapakah ahli Jemaah LADA?

Ahli Jemaah LADA terdiri daripada :

  • YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
    (Menteri Kewangan II merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi)
  • YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak
    (Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi)
  • YBhg. Dato’ Fauziah binti Yaacob
    (Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan)
  • YBhg. Dato’ Haji Muhamad Nor bin Haji Rofie
    (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman)
  • YB Dato’ Ir. Hj Nawawi bin Hj Ahmad
    (ADUN Kuah Negeri Kedah Darul Aman)
  • YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli
    (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi)

Berikan produk-produk pelancongan di bawah pengurusan LADA?

  • Ayer Hangat village
  • Laman Padi

Sebutkan nama-nama perumahan dibawah pengurusan LADA?

  • Taman Seri Berlian
  • Taman Desa Permata
  • Taman Kenari
  • Taman Nilam

Namakan projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakna oleh LADA?

  • Projek Kereta Kabel ke Puncak Gunung Matcincang
  • Kompleks Gerai Ala Pekan Rabu
  • Dewan pameran Mahsuri
  • Kuah Water Front
  • Pembangunan Taman-Taman Rekreasi
  • Kompleks Jeti Nelayan Kampung Penarak
  • Jeti Nelayan sungai Itau
  • Projek Agama-Pembinaan Masjid Abu Bakar As-Siddiq
  • Pembangunan Agro Pelancongan
  • Kompleks Sukan Langkawi
Kemaskini Terakhir Pada 17 Mac 2013

Undian

Apa pandangan anda mengenai laman web baru kami?

Statistik

01797618
Hari IniHari Ini1078
SemalamSemalam1666
Minggu IniMinggu Ini4264
Bulan IniBulan Ini26526
SemuaSemua1797618
  • small-logo-4small-logo-6small-logo-9
  • small-logo-2small-logo-3small-logo-7small-logo-8