Articles

Print

Unit Audit Dalam

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Bahagian & Unit

Unit Audit Dalam memainkan peranan penting membantu pihak pengurusan dalam menilai keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus LADA. Oleh itu, unit ini bertanggungjawab menjalankan pengauditan terhadap pengurusan kewangan dan pengurusan projek mengikut Rancangan Audit Tahunan yang telah diluluskan. Selain itu, pengauditan khas juga akan dijalankan mengikut keperluan dan kehendak pihak pengurusan.

FUNGSI

  • Mengkaji semula kebolehpercayaan, keutuhan dan ketepatan rekod serta data kewangan. Ini termasuk mengkaji semua kaedah yan digunakan untuk mengenal pasti, mengukur dan melaporkan maklumat serta membuat penyiasatan terhadap urus niaga, baki dan prosedur.
  • Mengkaji semula system perakaunan dan kawalan dalam yang berkenaan. Ini dapat memastikan objektif pihak pengurusan tercapai dan tahap pematuhan terhadap polisi undang-undang dan peraturan.
  • Menentukan semua harta milik kerajaan disimpan, direkod dan dilindungi daripada kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  • Menilai secara teratur operasi-operasi dari segi ekonomi, kecekapan, keberkesanan dan kesesuaian dalam mana-mana sumber yang diurus dan digunakan.
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi dalam bidang-bidang yang memerlukan pengubahsuaian dan pembetulanMember laporan yang bebas, objektif, jelas dan tepat pada masanya kepada pihak pengurusan mengenai perjalanan operasi.
Kemaskini Terakhir Pada 08 Disember 2011

Undian

Apa pandangan anda mengenai laman web baru kami?

Statistik

01800837
Hari IniHari Ini650
SemalamSemalam1792
Minggu IniMinggu Ini7484
Bulan IniBulan Ini29746
SemuaSemua1800837
  • small-logo-4small-logo-6small-logo-9
  • small-logo-2small-logo-3small-logo-7small-logo-8