Print

Semarak Ramadan 2012

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Berita

Langkawi, 31 Julai 2012, LADA selaku penaja utama dengan kerjasama Berita Harian buat julung kalinya telah menganjurkan program Semarak Ramadan secara besar-besaran bagi menyemarakkan suasana bulan Ramadan tahun ini bertempat di Masjid Riyadzussolihin, Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi. Semarak Ramadan merupakan program tahunan anjuran Berita Harian dengan tajaan daripada mana-mana syarikat yang berminat untuk bekerjasama. Pada kali ini pihak Berita Harian telah memilih Langkawi sebagai salah satu destinasi program Semarak Ramadan dengan tajaan daripada beberapa produk tempatan iaitu sumbangan sebanyak 200 kampit beras daripada Padi beras Nasional Berhad (BERNAS), manakala apron dan rempah ratus daripada Adabi Consumers Industries Sdn. Bhd. (ADABI) dan 2,000 kotak kurma daripada Mohamed Meera Sahib Sdn Bhd.
Print

Geohunt 2012

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Berita

Langkawi, 23 Jun 2012 : Geohunt sebenarnya adalah gabungan daripada perkataan geopark dan treasure hunt. Geohunt ini berkonsepkan aktiviti treasure hunt dan eksplorasi berkenaan Langkawi Geopark di mana ia diadakan bersempena sambutan ke-lima ulang tahun pengisytiharan Langkawi Geopark pada 1 Jun 2007 oleh UNESCO. Geohunt 2012 juga merupakan salah satu lagi acara tahunan yang diperkenalkan dengan konsep memberi kesedaran dan mendidik masyarakat supaya lebih mengenali Langkawi Geopark. Gabungan aktiviti treasure hunt dan eksplorasi menjadikan Geohunt 2012 lebih mencabar dengan tugasan di beberapa lokasi yang melibatkan produk pelancongan dan geo tapak sekitar Langkawi.

Print

Pelaburan Blueprint Pelancongan Langkawi Telah Melebihi Sasaran

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Berita

Langkawi , 7 Jun 2012: “Blueprint Pelancongan Langkawi yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pada 8 Disember yang lalu kini berada pada tahap yang amat memuaskan terutama dalam aspek pelaburan,” kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Pelan Strategik ICT, Sistem i-Link, dan Pitch Book MICE, pagi ini di Auditorium Kompleks LADA. Tambah beliau lagi, “Dalam tempoh hanya 6 bulan selepas pelancaran, LADA telah pun menerima RM7.4 bilion jumlah cadangan pelaburan konkrit bagi membangunkan beberapa hotel dan outlet mewah, ini termasuklah Cadangan Pembinaan Boutique Resort & Marina berjumlah RM2 bilion, Cadangan Pembinaan Teluk Datai yang berjumlah RM1 bilion, Cadangan Pembangunan Perdana Quay Resort yang berjumlah RM1.2 bilion, dan banyak lagi.
Print

Seminar Pemandu Kereta Sewa Langkawi 2012

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Berita

Langkawi, 22 Mei 2012 : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Seminar Pemandu Kereta Sewa kepada semua pemandu-pemandu kereta sewa di Langkawi yang berdaftar dengan SPAD. Seminar ini bertujuan untuk memperbaiki imej pemandu kereta sewa dengan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka di tahap kelas pertama. Ini merupakan sebahagian daripada program yang diadakan untuk merealisasikan program inisiatif di bawah Titik Sentuh Sasaran dalam Blueprint Pelancongan Langkawi.
Print

Langkawi International Laksa Carnival

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Berita

Kuala Lumpur, 24hb April 2012 - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan menganjurkan Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi yang pertama (LILAC) pada 25 - 27 Mei 2012 di Laman Padi, Langkawi. Laman Padi telah dipilih sebagai lokasi untuk acara ini kerana kedudukannya yang unik sebagai pusat pameran paling komprehensif yang memaparkan artifak, gambar-gambar serta alat tradisional bagi poses penanaman padi yang sebenar. Selain itu juga, lokasi Laman Padi yang hanya 10 minit dari lapangan terbang dan juga kedudukannay yang hampir dengan pantai utama di pulau ini, menjadikan ia lokasi yang terbaik untuk penganjuran LILAC.

Undian

Apa pandangan anda mengenai laman web baru kami?

Statistik

01761055
Hari IniHari Ini1276
SemalamSemalam1606
Minggu IniMinggu Ini9228
Bulan IniBulan Ini38346
SemuaSemua1761055
  • small-logo-4small-logo-6small-logo-9
  • small-logo-2small-logo-3small-logo-7small-logo-8