Print

Kod Etika

Ditulis Oleh LADA Pada . Dalam Kategori Informasi

Kod Etika Waktu Bekerja dan Kod Etika Berpakaian

Tujuan

Kod Etika Waktu Bekerja (Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat) ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan pematuhan waktu bekerja kepada semua pegawai dan kakitangan LADA berdasarkan peraturan yang diguna pakai oleh Kerajaan.

Pemakaian Kod Etika Bekerja ini adalah berdasarkan kepada Perintah Am, Bab G, Fasal 2 dan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010.

LADA juga menggunapakai Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am, Bab G, iaitu Pematuhan Waktu Bekerja yang menjelaskan mana-mana pegawai yang hendak meninggalkan waktu pejabat perlu mendapatkan kebenaran daripada Penyelia sebelum berbuat demikian.

Muat Turun Kod Etika
Waktu Bekerja


Tujuan

Kod Etika Berpakaian ini diwujudkan bagi meningkatkan keperibadian berpakaian di kalangan pegawai dan kakitangan LADA. Berdasarkan kajian yang dibuat, etika berpakaian seseorang pegawai secara langsungnya mencerminkan imej sesebuah jabatan. Pemakaian Kod Etika Berpakaian LADA ini adalah berdasarkan peraturan-peraturan Kerajaan iaitu Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2006 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008.

Kod Etika Berpakaian ini menerangkan cara berpakaian bagi Pegawai Dan Kakitangan Lelaki dan Wanita untuk menghadiri mesyuarat / urusan rasmi, Hari Bekerja Biasa, menghadiri Majlis Rasmi dan juga Majlis Tidak Rasmi.

Kod Etika berpakaian ini juga merangkumi cara berpakaian yang tidak dibenarkan sewaktu berurusan di pejabat LADA dan Etika Pakaian Pelawat.

Muat Turun Kod Etika
- Berpakaian
Kemaskini Terakhir Pada 01 Ogos 2012

Undian

Apa pandangan anda mengenai laman web baru kami?

Statistik

01799261
Hari IniHari Ini866
SemalamSemalam1856
Minggu IniMinggu Ini5908
Bulan IniBulan Ini28170
SemuaSemua1799261
  • small-logo-4small-logo-6small-logo-9
  • small-logo-2small-logo-3small-logo-7small-logo-8