Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Dengan pelancaran Blueprint Pelancongan Langkawi (2011-2015) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 08 Disember 2011 maka bermulalah gelombang kedua (second curve) bagi LADA dan Langkawi untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi di mata dunia.
LADA telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai agensi penyelaras dalam pembangunan dan penstrukturan semula Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di mata dunia.
Bagi memastikan hasrat dan seruan Kerajaan Pusat untuk menjadikan Pulau Langkawi antara sepuluh destinasi pelancongan terkenal di dunia dicapai, sasaran yang jelas dan perancangan strategik Lembaga Pembangunan Langkawi telah digubal dalam tempoh yang sangat kritikal berlandaskan kepada pendekatan Blue Ocean Strategy (B.O.S) yang melibatkan 5 bidang keutamaan iaitu Pelancongan, Pembangunan Organisasi dan Komuniti seterusnya Pembangunan Infrastruktur dan Pelaburan.
Terima Kasih.
Tan sri khalid ramli
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi







