Dasar Pembangunan Pulau Langkawi
Dasar kerajaan bagi mempastikan pembangunan Langkawi terkawal, beberapa dasar untuk kawalan pembangunan telah ditetapkan, antaranya ialah :
- Pembangunan perbandaran hanya dihadkan kepada Bandar Kuah (Pusat Bandar Utama),Padang Matsirat dan Padang Lalang (Bandar sokongan)
- Pembagunan pelancongan hanya digalakan di kawasan bandar dan kawasan Datai, Tanjung Rhu, Teluk Burau, Pantai Tengah, Pantai Chenang dan Teluk Baru
- Ketinggian bangunan tidak dibenarkan melebihi dari 4 tingkat kecuali di bandar Kuah sahaja. Maksima ketinggian di Kuah di tetapkan tidak melebihi 15 tingkat bagi kawasan tertentu sahaja
- Bagi memastikan pengkalan alam sekitar, pemotongan pokok hendaklah di kawal pada tahap yang minima
- Kawasan-kawasan utama pertanian padi telah di tetapkan sebagai aspek pemeliharaan dan ianya merupakan sebahagian daripada produk pelancongan yang boleh diketengahkan
- Bagi kawalan untuk memelihara kawasan pantai, polisi pembangunan telah menetapkan bahawa anjakkan bangunan di hadkan antara 20-80m
Kemaskini Terakhir Pada 08 Disember 2011







