Arkib

TAYANGAN PEMETAAN LASER MURAL 3D TAMADUN MESIR CIPTA SEJARAH MALAYSIA BOOKS OF RECORD
13 Feb

TAYANGAN PEMETAAN LASER MURAL 3D TAMADUN MESIR CIPTA SEJARAH MALAYSIA BOOKS OF RECORD

Langkawi 10 Feb. – Dua rekod baru dicipta oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd apabila produk baru mereka diiktiraf oleh pihak Malaysia Books of Record sebagai ‘Tayangan Pemetaan Dalam Dewan Besar’ dan ‘Lukisan Mural 3D Paling Besar’ di Malaysia.

Sijil pengiktirafan diserahkan oleh wakil MBOR, Nurasyikin Ramli kepada Dato’ Haji Azizian Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif LADA pada Majlis Penjenamaan Semula Muzium 3D Langkawi di perkarangan Oriental Village, Langkawi.

Tayangan laser yang unik itu akan memberi pengalaman baru kepada pengunjung seolah-olah mereka berada pada zaman Tamadun Mesir dan Air Terjun Niagara. “Usaha ini bertujuan untuk memberi variasi produk untuk menarik kedatangan pelancong secara berulang, sekali gus meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau ini.” kata Dato’ Haji Azizian ketika ditemui selepas majlis berlangsung.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Isnin, 14 Oktober 2019