Arkib

PENERBANGAN SHENZHEN – LANGKAWI LONJAK INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI.
22 Ogs

PENERBANGAN SHENZHEN – LANGKAWI LONJAK INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI.

 LANGKAWI 19 Ogos -   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan penerbangan terus yang diperkenalkan AirAsia Berhad (AirAsia) dari Shenzen, China ke Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, laluan penerbangan baharu itu adalah usaha syarikat itu untuk melonjak potensi pulau ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

"Penerbangan Shenzen-Langkawi yang beroperasi tiga kali seminggu ini mampu melonjak sektor pelancongan pulau ini. Ini selaras dengan matlamat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menerokai pasaran asing dengan laluan unik ke China.

"Tahun lalu Perdana Menteri melancarkan penerbangan terus dari Guangzhou ke Langkawi dan hari ini kita dapat lihat hasilnya apabila kemasukan terus pelancong asing meningkat daripada 83,754 penumpang pada 2015 kepada 187,433 pada 2016, iaitu meningkat 120 peratus," katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dato’ Haji Azizan Nordin.

Sumber : Utusan Online

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Isnin, 22 April 2019