Arkib

Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA  dan Anak Syarikat LADA
18 Jul

Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA dan Anak Syarikat LADA

Sebagai penutup tirai bulan Syawal 1439H, Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA dan Anak Syarikat LADA yang bertemakan #SyoknyaRayaLADA telah diadakan dengan jaya pada 11 Julai 2018 bersamaan dengan 27 Syawal 1439H di Kompleks LADA. Majlis ini telah dihadiri oleh 935 orang para jemputan yang terdiri daripada pegawai, kakitangan dan keluarga warga kerja LADA, pegawai dan kakitangan Anak – Anak Syarikat LADA, Yang Berhormat ADUN Kuah dan Ayer Hangat, Ketua – Ketua Jabatan, Pemain Industri, Wakil – Wakil Komuniti serta pegawai dan kakitangan jabatan – jabatan di Kompleks LADA. Alhamdulillah, majlis disambut dalam kesederhanaan tetapi tetap meriah!!!!

Sebagaimana kita sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri merupakan satu kemenangan kepada seluruh umat Islam dalam menahan lapar dan dahaga di samping meningkatkan amal ibadat sepanjang sebulan menunaikan ibadah puasa. Justeru itu, majlis ramah mesra ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengeratkan jalinan ukhuwwah, persaudaraan dan perpaduan sesama kita dan organisasi. Kita saling bermaafan bagi melupakan kesilapan yang lalu, di samping bersedia membuka lembaran baharu menuju tahap permuafakatan yang lebih tinggi. Perbezaan pendapat yang sentiasa berlaku ialah lumrah dan hendaklah dimanfaatkan sebagai percambahan fikiran untuk memilih segala perkara yang terbaik, insya-Allah.

Selain itu, dalam meraikan kemenangan syawal setelah sebulan berpuasa, LADA juga tidak melupakan golongan – golongan asnaf ibu tunggal dan anak yatim di Langkawi khususnya. Untuk itu, di bawah tanggungjawab korporat sosial (CSR), LADA dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan LADA telah menjemput seramai 14 orang golongan asnaf, ibu tunggal dan 17 orang anak yatim dari Madrasah Tarbiyah Awlawiyah Darul Ulum, Kilim, di bawah Program Sumbangan Kasih Aidilfitri 2018.

Pelbagai hidangan juadah utama dan sampingan turut disediakan oleh LADA kepada tetamu yang hadir seperti:

  • Nasi Putih dan Daging Rebus Cicah Sambal Kerisik
  • Sup Daging
  • Ayam Masak Merah
  • Sate / Nasi Impit / Lontong
  • Lemang / Ketupat
  • Rendang Ayam
  • Aneka Mee / Laksa
  • Apam Balik
  • Aneka Biskut Raya
  • Buah – Buahan Tempatan / Rojak
  • Aiskrim

Menu – menu disediakan secara gotong – royong daripada setiap bahagian/unit di LADA, Anak – Anak Syarikat LADA serta komuniti Langkawi. Terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Kelibang yang turut bersama – sama bergotong – royong dalam menyediakan hidangan menu utama majlis kita pada hari ini.

Akhir kalam, Jawatankuasa Induk Majlis dan Jawatankuasa Kecil Majlis mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!!! Sehingga kita bertemu lagi pada masa akan datang kelak.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Rabu, 19 Disember 2018