Arkib

BENGKEL MYPORTFOLIO LADA
02 Jan

BENGKEL MYPORTFOLIO LADA

Bengkel myPortfolio (MP) LADA telah dirasmikan oleh YBrs. En. Khalid bin Ibrahim, Pengurus BSMKP yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 2-4 Disember 2018 yang bertempat di Bayview Hotel, Georgetown Penang. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri 13 bahagian/unit di LADA.

Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh En. Mohd Sahrul Nizam bin Jaafar, Penolong Perunding Latihan (P) 3, Unit Penyampaian Perkhidmatan, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dan dibantu bersama oleh Pn. Yuzlin binti Hashim, Pegawai Tadbir, SUK Melaka.

Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi panduan myPortfolio, tatacara penyediaan myPortfolio termasuk penyediaan deskripsi tugas , amali dan sesi interaktif yang menerangkan secara terperinci setiap aspek pelaksanaan Panduan Kerja Sektor Awam.

Bengkel yang dianjurkan ini adalah merupakan satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda kepada warga LADA dalam kerangka organisasi berpembelajaran, sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat kewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi, memastikan semua pegawai dan kakitangan menyiapkan draf pertama myPortfolio diakhir bengkel diadakan.

Sebagai kesinambungan kepada bengkel myPortfolio, Unit Kualiti & Inovasi (UnIK) ,BSMKP selaku urusetia induk akan menjadi pilot MP sebagai rujukan utama sebelum perlaksanaan dan penguatkuasaan dibuat kepada semua bahagian/unit di LADA. Disamping itu juga, bagi memastikan perjalananan MP LADA sempurna, Champion akan dilantik yang diwakili oleh setiap bahagian/unit. Peranan champion ini adalah sebagai rujukan dibahagian/unit sekiranya terdapat sebarang permasalah.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Rabu, 20 November 2019