Arkib

TOURISM ENGAGEMENT DAY BERSAMA LADA, MOTAC DAN NCIA
09 Jan

TOURISM ENGAGEMENT DAY BERSAMA LADA, MOTAC DAN NCIA

Lembaga Pembangunan Langkawi telah menganjurkan Latourism engagement day yang telah berlangsung di Dash Resort Langkawi pada 11 November 2018 ini menggabungkan beberapa komponen iaitu taklimat, sesi konsultasi serta pameran. Program ini adalah salah satu inisiatif daripada Bahagian Pelancongan, Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan, MOTAC dan NCIA untuk memberi pendedahan kepada para pemain industri pelancongan Langkawi berkaitan insentif yang di tawarkan kepada para pemain industri pelancongan seperti Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan (TPIP) yang dikendalikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), insentif cukai kepada para pengusaha hotel, insentif pengurangan cukai kepada agensi penggembaraan dan lain-lain. Perkara ini adalah kerana ramai di antara para pemain industri pelancongan Langkawi masih belum mengetahui berkaitan insentif dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh agensi berkaitan di dalam memajukan industri pelancongan negara. Program seperti ini dapat meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan industri pelancongan Langkawi serta Malaysia dalam jangka masa panjang.

Program ini juga menjadi platform bagi mengumpulkan para pemain industri pelancongan Langkawi untuk bersama-sama dengan pihak kementerian serta agensi kerajaan seperti MOTAC, NCIA dan LADA bagi sama-sama membantu para pemain industri pelancongan Langkawi untuk menambaik serta mengenal pasti sebarang isu dan permasalahan di dalam industri pelancongan Langkawi.

Jumlah peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 123 orang yang terdiri daripada agensi penggembaraan Langkawi, tourism product, hotel dan lain-lain telah turut serta di dalam sesi tourism engagement day bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) ini. Bengkel tersebut telah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Razaidi bin Abdul Rahim, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA. Ia kemudiannya telah diteruskan oleh Encik Azman Azra Abdul Rahman daripada Bahagian Pembangunan Industri, Kementerin Pelancongan dan Seni Budaya Malaysia. Sesi taklimat kemudian diteruskan oleh En Muhammad Zaki Mohd Saman, Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan, NCIA bagi menjelaskan tentang insentif - insentif khas Koridor Utara. Taklimat terakhir disampaikan oleh SME bank, menjelaskan tentang garis panduan dan instrumen pembiayaan yang ditawarkan oleh SME Bank.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Sabtu, 23 Mac 2019