Arkib

PENGURUSAN FOOD & BEVERAGES PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI
09 Jan

PENGURUSAN FOOD & BEVERAGES PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI

Pada 18 hingga 19 November 2018 yang lalu, Lembaga pembangunan Langkawi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Food & Beverages ini diadakan bagi melahirkan pengusaha restoran, warung, medan selera, café dan lain-lain agar dapat diberi pendedahan berkaitan ilmu pengetahuan dan praktis pengurusan dan penyediaan Food & Beverages yang lebih professional.

Kursus ini adalah merupakan salah satu inisiatif di dalam program pembangunan industri pelancongan di Langkawi. Seperti sedia maklum, 80% sumber ekonomi Pulau Langkawi adalah hasil daripada sektor pelancongan. Justeru, peningkatan kualiti penyajian makanan dan minuman haruslah ditingkatkan seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran pelancongan pada masa kini.

Jumlah peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada pemilik restoran, pengusaha pasar malam, pengusaha hotel bajet, pengusaha produk makanan dan lain-lain. Namun, kehadiran bagi hari kedua mengalami pengurangan akibat kekurangan komitmen daripada para peserta.

Kursus ini telah diadakan selama dua hari bagi memastikan latihan intensif dilaksanakan kepada para peserta kursus agar ilmu pengurusan F&B dapat disampaikan sepenuhnya kepada para peserta. Para peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu 1 kumpulan adalah seramai 15 orang.

Majlis penutup kursus pengurusan F&B dan penyampaian sijil telah dihadiri dan disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Redha Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA pada jam 5.00 pm di Langkawi Tourism Academy (LTA). Selain itu, kursus pengurusan F&B ini merupakan salah satu inisiatif LADA untuk meningkatkan capacity building para pemain industri Langkawi khususnya pengusaha makanan, pemilik restoran kecil-kecilan, warung dan lain-lain.

Kursus yang disampaikan oleh para pensyarah LTA yang juga pakar berkaitan bidang F&B. Pengajaran juga adalah mudah untuk difahami oleh para peserta. Daripada bengkel tersebut, adalah didapati para peserta telah berjaya untuk mempelajari skill pengurusan F&B. Para peserta juga telah mengetahui berkaitan kepentingan perkhidmatan yang berkualiti dengan industri pelancongan Langkawi. Para peserta juga telah digalakkan agar bersikap positif terhadap perubahan sikap dan amalan yang dipraktikan di dalam perniagaan masing-masing. Dari segi kehadiran, terdapat juga sesetengah peserta yang tidak memberi komitmen yang penuh dengan hanya hadir pada hari pertama kursus. Justeru, bahagian ini telah memutuskan untuk mengambil deposit komitmen bagi kursus pembangunan industry pada masa akan datang.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 23 Julai 2019