Arkib

BENGKEL INTENSIF KOORDINASI PENGURUSAN LOGISTIK PERFILEMAN LANGKAWI
09 Jan

BENGKEL INTENSIF KOORDINASI PENGURUSAN LOGISTIK PERFILEMAN LANGKAWI

Lembaga Pembangunan Langkawi Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi telah diadakan bermula 2 hingga 6 Disember 2018 bertempat di Hotel Adya, Kuah. Bengkel intensif ini adalah anjuran dengan kerjasama pihak Pertubuhan Inonvasi Digital Malaysia (PIDM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Gabungan Pelajar Semenajung Malaysia (GPMS) untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir tempatan bagi menjadi tenaga kerja sokongan iaitu production support team yang profesional setiap kali kerja-kerja penggambaran dilakukan di Pulau Langkawi.

Selain itu, bengkel ini juga adalah agar para pemain industri pelancongan Langkawi dapat memahami dan menguasai sepenuhnya ilmu pengurusan logistik dan penyelarasan teknikal yang telah dikongsi di dalam bengkel ini agar dapat membantu meningkatkan perkhidmatan production support team perfileman atau sebarang penggambaran di Langkawi pada masa akan datang. Selain itu, ilmu daripada bengkel ini juga akan dapat memberi skill kerjaya baru selain daripada menambah pengetahuan para peserta yang menyertai bengkel intensif ini.

Jumlah peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 50 orang (29 orang adalah dari Pulau Langkawi serta Kedah) yang terdiri daripada para pemain industri pelancongan Langkawi, guru, pelajar, krew teknikal, fasilitator, pakar industri dan lain-lain. Bengkel selama 5 hari ini melibatkan dua kelas pembelajaran iaitu latihan indoor dan outdoor. Kelas bermula seawal 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 malam.

Pada 2 Disember 2018, bengkel tersebut telah dimulakan dengan pendaftaran peserta yang tiba daripada pelbagai destinasi iaitu Kuala Lumpur, Sabah, Langkawi serta Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah. Kelas telah diadakan sebanyak 2 sesi, bermula pada jam 2.00 petang hingga jam 10.00 malam bagi pengenalan berkaitan industri perfileman secara umum. Pada 3 Disember, para peserta telah diperkenalkan berkaitan perkara-perkara teknikal seperti perancangan recce, bajet, permohonan lesen daripada agensi berkaitan dan lain-lain. Bengkel telah diadakan sebanyak 5 sesi bermula jam 8.00 pagi hingga jam 10.00 malam.

Pada 4 dan 5 Disember 2018, para peserta telah dilatih untuk mempraktikan ilmu yang telah disampaikan melalui outdoor assigment. Para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghasilkan video dan menyediakan presentation pada sesi evaluation di sebelah malam yang bermula dari jam 8.00 hingga 10.00 malam. Pada 5 Disember 2018 bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang, telah diadakan sesi perbincangan meja bulat antara agensi seperti berikut:-

  • Bahagian Perlesenan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Bahagian Galakkan Penggambaran (FINAS) Bahagian Pelancongan LADA Bahagian Perlesenan, Majlis Perbandaran Langkawi Tourism Malaysia (Cawangan Langkawi) Wakil Pejabat Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah Persatuan Pelancongan Langkawi Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM)

Daripada bengkel tersebut, adalah didapati para peserta telah berjaya untuk mempelajari skill bagi menjadi pengurus lokasi dan pengurus logistic perfileman. Terdapat juga sesetengah peserta sering membawa kumpulan perfileman antarabangsa seperti Hong Kong dan India. Para peserta tersebut juga telah mempelajari banyak ilmu tambahan yang membolehkan mereka mempraktikan tatacara dan proses penyelarasan yang lebih professional. Malah, para peserta begitu teruja sehingga kelas ditamatkan lewat pada jam yang sepatutnya. Adalah didapati kursus seperti ini boleh lagi dianjurkan memandangkan ramai pemain industri yang masih belum mahir di dalam bidang berkaitan dan dengan adanya lebih ramai pengurus lokasi yang bertauliah dan professional, maka, LADA telah Berjaya melahirkan pemain industri Langkawi yang hebat dan terlatih.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Sabtu, 23 Mac 2019