Arkib

KURSUS GOOGLE ADS
09 Jan

KURSUS GOOGLE ADS

Lembaga Pembangunan Langkawi telah menganjurkan Kursus Google Ads bersempena dengan Hari Pelancongan Dunia UNWTO telah diadakan pada 27 September 2018 bertempat di Hotel Bayview, Kuah. Kursus ini dianjurkan bersempena dengan Hari Pelancongan bagi tahun 2018 dengan tema Tourism and Digital Transformation. Justeru, penganjuran kursus pemasaran digital Google Ads ini adalah bertepatan dengan Hari Pelancongan Dunia 2018. Selain itu, penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pemain industri pelancongan Langkawi berkenaan teknik–teknik terbaru pemasaran digital yang menjadi medium utama bagi meningkatkan jualan pada masa kini.

Jumlah peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 39 orang yang terdiri daripada agensi penggembaraan Langkawi, tourism product, hotel dan lain-lain telah turut serta di dalam bengkel intensif Google Ads ini. Bengkel tersebut telah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Redha Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA. Ia kemudiannya telah dikelola oleh Professor Madya Dr Hasrina Mustafa, beliau adalah seorang professor madya di School of Communications, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Kesihatan (Komunikasi) dari Universiti Islam Antarabangsa, Pengajian Master of Arts (Universiti Sains Malaysia), Non Degree Certificate daripada (Ohio State University) dan Ph.D. (Universiti Putra Malaysia) di bawah Skim Latihan Kakitangan Akademik USM. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai USM pada tahun 2005 dan mengajar banyak kursus sarjana dan pascasiswazah dalam komunikasi pemasaran, strategi digital dalam komunikasi pemasaran, perancangan media, kaedah penyelidikan kuantitatif dan analisis statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Dr. Hasrina terlibat dalam beberapa siri latihan perindustrian berkaitan Google Adwords, Iklan Facebook, Pengiklanan Digital, Pemasaran E-mel dan Google Analytics sejak 2013.

Selain itu, kursus Google Ads ini merupakan salah satu inisiatif LADA untuk meningkatkan capacity building para pemain industri Langkawi untuk terus seiring dengan perkembangan semasa dalam bidang pemasaran digital. Kursus ini akan dapat memberi added value kepada para peserta di dalam meningkatkan jumlah viewers kepada produk masing-masing, seterusnya dapat meningkatkan jumlah jualan pakej atau produk masing-masing. Ia akan dapat memberi ilmu pengetahuan baru di dalam salah satu cabang ilmu pemasaran digital yang berguna pada masa kini.

Kursus yang disampaikan oleh penceramah juga adalah mudah untuk difahami oleh para peserta. Sesi pagi telah dimulakan dengan informasi dan diteruskan pada sebelah petang dengan sesi amali. Daripada bengkel tersebut, adalah didapati para peserta telah berjaya untuk mempelajari skill bagi membuat kempen promosi dan pemasaran produk masing-masing melalui Google Ads dan telah berjaya untuk mempraktikan ilmu Google Ads tersebut. Malah, para peserta begitu teruja sehingga kelas ditamatkan lewat pada jam yang sepatutnya. Adalah didapati kursus seperti ini boleh lagi dianjurkan memandangkan ramai pemain industri yang masih belum mahir di dalam pemasaran digital ini.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 17 September 2019