Arkib

SESI PERKONGSIAN ILMU: PROSEDUR PENSIJILAN HALAL JAKIM DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PELANCONGAN ISLAM
09 Jan

SESI PERKONGSIAN ILMU: PROSEDUR PENSIJILAN HALAL JAKIM DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PELANCONGAN ISLAM

Lembaga Pembangunan Langkawi telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu: Prosedur Pensijilan Halal JAKIM dan Perkongsian Pengalaman Pelancongan Islam oleh YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) telah dijalankan pada 30 Disember 2018, bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Sesi perkongsian ilmu ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan juga pencerahan kepada masyarakat khususnya kepada usahawan-usahawan yang ingin membangunkan perniagaan mereka di dalam bidang pelancongan pada masa hadapan dengan cara yang lebih baik. Justeru, penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pemain industri pelancongan Langkawi berkenaan cara mendapatkan kelulusan sijil HALAL daripada pihak JAKIM serta inisiatif untuk menarik lagi pelancong luar dan dalam negara melalui pelancongan Islam untuk datang ke Langkawi.

Jumlah peserta yang menyertai program tersebut adalah seramai 42 orang yang terdiri daripada Lada Eco-Toursim Sdn Bhd, Langkawi Tourism Academy, Langkawi Nature Park, One Team Holidays SDN BHD, Kosalam dan, hotel dan lain-lain telah turut serta di dalam Program Pekongsian Ilmu tersebut. Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi hingga jam 05.00 petang. Sila rujuk Lampiran A bagi senarai nama peserta. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Asri Redha Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (pengurusan) LADA serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pelancongan iaitu Puan Lina Azlina binti Zali, Encik Shajiddeen Shaari dan juga Encik Mazlan bin Othman serta kakitangan LADA yang lain.

Tujuan LADA mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan lagi idea dalam pembangunan pelancongan di Langkawi agar terus seiring dengan perkembangan semasa dalam industri pelancongan dunia. Program ini juga dapat memberikan value added kepada produk seterusnya meningkatkan lagi jumlah jualan pakej atau produk masing-masing. Secara tidak langsung, ianya dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baru di dalam salah satu cabang ilmu pelancongan Islam yang berguna pada masa kini dan juga pada masa hadapan. Program yang disampaikan oleh penceramah juga adalah mudah untuk difahami oleh para peserta. Sesi pagi telah dimulakan dengan perkongsian ilmu pensijiln Halal JAKIM dan sesi kedua pula dimulakan dengan perkongsian pengalaman dalam bidang pelancongan oleh YBhg Datuk Ustaz Kazim Elias.

SESI PERTAMA: PROSEDUR PENSIJILAN HALAL JAKIM

Sesi pertama yang dijalankan ialah Sesi Prosedur Pensijilan Halal JAKIM oleh Puan Salma Aida Ansah, Konsultan Sijil Halal JAKIM yang bermula pada jam 09.00 pagi hingga jam 03.00 petang dan jumlah peserta yang hadir ialah seramai 42 orang. Sesi perkongsian ilmu ini adalah berkaitan dengan cara-cara untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM bagi pengusaha hotel, restoran dan produk makanan di Langkawi. Seterusnya, ilmu dan cara-cara yang dikongsikan oleh Puan Salma sedikit sebanyak dapat membantu para pengusaha yang berminat untuk mendapatkan pensijilan Halal bagi perniagaan mereka dengan mudah. Hal ini demikian dapat menjaminkan lagi kebersihan dan keselamatan bagi setiap premis perniagaan seperti restoran dan juga hotel. Sesi pertama ini juga terbuka kepada para pemain industri pelancongan Langkawi dan orang awam yang berminat untuk menyertai.

4. SESI KEDUA: PERKONGSIAN PENGALAMAN PELANCONGAN ISLAM OLEH DUKE.

Sesi kedua yang dijalankan ialah Sesi Perkongsian Pengalaman Pelancongan Islam oleh DUKE yang bermula pada jam 03.00 petang hingga jam 05.00 petang. Perkongsian ilmu daripada DUKE berkaitan pengalaman beliau yang melibatkan pengendalian umrah dan haji, pelayaran islamik, kepentingan dan kelebihan pelancongan islam serta lain lain lagi. Jumlah jemputan adalah dianggarkan seramai 80-100 orang dan terbuka kepada jemputan awam serta kakitangan LADA.. Selain itu, hebahan dibuat di masjid, pusat tahfiz, facebook (Langkawi Sana Sini, Langkawi Sana Sini 2 dan LADA). Sesi ini juga turut dihadiri oleh pihak radio RTM Langkawi Daripada program tersebut, diharapkan agar setiap para peserta dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam bidang pernigaan mereka demi kemajuan industri pelancongan di Langkawi. Selain itu, para peserta juga dilihat begitu teruja untuk menghadiri program perkongsian ilmu ini dan memberikan perhatian yang sangat baik semasa program dijalankan. Adalah didapati program seperti ini dianjurkan lagi memandangkan ramai pemain industri yang masih belum mahir dalam membangunkan produk dan pakej di Langkawi.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 23 Julai 2019