Arkib

EKSESAIS PEMAKAIAN PANGKAT KOPERAL POLIS BANTUAN LADA
03 Feb

EKSESAIS PEMAKAIAN PANGKAT KOPERAL POLIS BANTUAN LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada julung kalinya telah mengadakan Eksesais Pemakaian Pangkat Koperal kepada Polis Bantuan di LADA pada 29 Januari hingga 30 Januari 2019. Inisiatif ini merupakan salah satu KPI baharu BSMKP dalam menentukan pemilihan dan pemakaian pangkat serta justifikasi pemakaian pangkat Koperal Polis Bantuan ini adalah seperti di bawah:-

  1. Pemakaian pangkat Polis Bantuan (PB) masih belum digunakan sepenuhnya oleh LADA semenjak ia diperolehi pada tahun 1997;
  2. Masih terdapat kekosongan pangkat Koperal (3 jawatan) dan tambahan (2 jawatan) disebabkan persaraan bagi pemakaian pangkat Polis Bantuan (PB) di LADA dan;
  3. Memudahkan setiap perintah (command) dan arahan diberi dan diterima dengan lebih teratur dan lancar tanpa sebarang prejudis oleh Pengawal Keselamatan di setiap pos kawalan keselamatan di LADA;
  4. Membezakan punca kuasa kerana di kalangan Polis Bantuan (PB) ini mempunyai jawatan gred yang sama/setara pada jawatan hakiki mereka (Pengawal Keselamatan Gred KP11/KP14). Tambahan lagi, kebanyakan daripada mereka dilantik pada tarikh dan tahun yang sama bagi lantikan bertaraf tetap pada tahun 2008;
  5. Menaikkan imej serta kredibiliti LADA di kalangan agensi yang turut menjadi ahli Bantuan Korporat dalam Persatuan Polis Bantuan Malaysia;
  6. Mewujudkan rasa lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan tugas penyeliaan, bersesuaian dengan pangkat Polis Bantuan (PB) yang disandang kepada kakitangan terlibat; dan
  7. Memberi kelebihan dan peluang yang lebih baik kepada kakitangan yang dilantik secara tetap dan lantikan secara pembelian perkhidmatan kontrak (Contract For Service) di LADA untuk pemakaian pangkat Polis Bantuan (PB)

Bermula pada November 2018, BSMKP telah melaksanakan benchmarking dengan beberapa agensi berkanun yang mempunyai Polis Bantuan iaitu MADA, FELDA, PERDA, MAB dan JPM bagi menentukan kaedah pelaksanaan pemakaian pangkat Polis Bantuan (PB). Benchmarking ini dilaksanakan untuk menentukan amalan (best practise) pemakaian pangkat Polis Bantuan (PB) di agensi masing-masing. Susulan itu, BSMKP telah menetapkan pemilihan calon sepertimana kriteria iaitu :

  1. Terbuka kepada kakitangan lantikan secara tetap dan Contract For Service;
  2. Telah menghadiri Kursus Asas Polis Bantuan yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM);
  3. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan ;
  4. Seniority (Tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 8 tahun di jawatan hakiki lantikan);
  5. Menghadiri serta lulus ujian khas dan temuduga;
  6. Disokong oleh Penyelia; dan
  7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan

Atas maksud tersebut, seramai 43 orang yang terdiri daripada 33 orang Pengawal Keselamatan Gred KP11/14 lantikan tetap dan 10 orang Pengawal Keselamatan Gred Setara 11 telah dikenal pasti untuk ditawarkan pemakaian pangkat Koperal Polis Bantuan (PB) yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). BSMKP telah mengemukakan surat tawaran dan sehingga tarikh 17 Januari 2019 hanya 16 orang telah bersetuju untuk pencalonan pemakaian pangkat Koperal Polis Bantuan (PB) di Lembaga Pembangunan Langkawi. BSMKP juga turut mengadakan sesi Taklimat Pemberian Pangkat Koperal Polis Bantuan (PB) kepada anggota PB di LADA pada 23 Januari 2019 bertempat di Auditorium Kompleks LADA yang disampaikan oleh YM Raja Noor Afiz bin Raja Afandi, Ketua Penolong Pengurus Kanan, BSMKP.

BSMKP telah menetapkan kriteria atau kaedah penilaian calon melibatkan tiga sesi ujian iaitu meliputi Ujian Kecergasan, Ujian Arahan Kawad dan Ujian Bertulis. Sesi Penilaian Pemberian Pangkat Koperal Polis Bantuan LADA telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 Januari 2019 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang bertempat di Kompleks Sukan Langkawi. BSMKP telah mendapatkan khidmat anggota Ibu Pejabat PDRM daerah Langkawi sebagai Panel Penilai Bagi Sesi Penilaian yang melibatkan Ujian Kecergasan dan Ujian Arahan Kawad. Pihak PDRM yang diketuai oleh Sarjan Anuar bin Kasim telah menetapkan kaedah pelaksanaan Ujian Kecergasan meliputi ujian bangun tubi, ujian tekan tubi, ujian larian 1.2 KM serta larian 2 x 10 Meter. Manakala Ujian Arahan Kawad pula meliputi penilaian penampilan, ketepatan kata perintah, pengawalan skuad, pengetahuan skuad dan teguran. Manakala pada sesi petang, BSMKP telah terlibat menyelaras sesi bagi Ujian Bertulis meliputi soalan objektif dan subjektif bagi eksesais tersebut.

Sesi temuduga telah dilaksanakan pada 30 Januari 2019 yang melibatkan tiga panel temuduga iaitu dua orang dari Pengurusan LADA dan satu orang dari PDRM. Pengerusi temuduga adalah Tuan Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Encik Khalid bin Ibrahim, Pengurus BSMKP sebagai panel temuduga pertama serta ASP Norzana binti Yusof, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Daerah Langkawi sebagai panel temuduga kedua. Sesi temuduga telah diadakan bermula pada jam 10.15 pagi yang melibatkan 10 orang calon yang telah disenarai pendek semasa Sesi Penilaian pada 29 Januari 2019. Berdasarkan keputusan temuduga pada 30 Januari 2019 telah memilih 5 orang bagi pemakaian pangkat Koperal Polis Bantuan (PB) serta 3 orang sebagai calon simpanan. Untuk makluman, Majlis Pemakaian Pangkat Koperal Polis Bantuan (PB) ini dicadangkan akan dilaksanakan semasa Majlis Perhimpunan LADA kelak.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Isnin, 18 Februari 2019