Arkib

PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN LANTIKAN BAHARU LADA TAHUN 2018 & 2019
04 Feb

PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN LANTIKAN BAHARU LADA TAHUN 2018 & 2019

Program Orientasi Kakitangan Lantikan Baharu LADA Tahun 2018 & 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 – 31 Januari 2019 bertempat di Kompleks LADA dan Pulau Dayang Bunting (Geosite). Program selama tiga (3) hari ini merupakan program khusus anjuran Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan kepada pegawai dan kakitangan lantikan baharu sama ada secara tetap mahupun lantikan Contract Of/For Service. Program ini telah disertai seramai 15 orang peserta terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Di samping itu, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di mana setiap kakitangan baharu yang dilantik wajib menghadiri program ini secara sepenuh masa. Melalui program ini, peserta akan diberi pendedahan awal berhubung maklumat dan fungsi jabatan. Berikut merupakan objektif penganjuran program ini:

  • Memberi pendedahan kepada kakitangan lantikan baru tentang fungsi, objektif, misi dan visi LADA serta core business LADA
  • Meningkatkan pengetahuan dan memahami dengan lebih jelas berhubung arahan pentadbiran dan perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang penjawat awam
  • Membentuk sikap yang profesionalisme dan kerjasama serta keterbukaan di kalangan kakitangan lain
  • Meningkatkan tahap komitmen dan keberkesanan dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat LADA
  • Memupuk nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan kakitangan lantikan baharu

HARI PERTAMA (29 JANUARI 2019)

Tirai program ini dibuka dengan slot taklimat Pengenalan Perkhidmatan Awam. Seterusnya, peserta disajikan dengan input fungsi dan peranan Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan (BSMKP), Unit Undang – Undang, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pelancongan, Unit Pembangunan Komuniti dan Unit Audit Dalam. Perincian slot taklimat telah disampaikan oleh pegawai – pegawai seperti berikut:

  1. Slot Pengenalan Perkhidmatan Awam & BSMKP – Encik Raja Noor Afiz Bin Raja Noor Afandi, Ketua Penolong Pengurus Kanan Gred N52
  2. Slot Unit Undang-Undang – Cik Saniah Binti Ismail, Penolong Pengurus Kanan, Gred L44
  3. Slot Bahagian Teknologi Maklumat – Encik Mohd Tarmizi Bin Mohd Tajuddin, Penolong Pengurus Kanan Gred F44
  4. Slot Bahagian Pelancongan – Encik Mohamad Zuhri Bin Abd Rashid, Penolong Pengurus Kanan Gred N44
  5. Slot Unit Pembangunan Komuniti – Encik Mohd Shukri Bin Ishak, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  6. Slot Unit Audit Dalam – Encik Abdul Aziz Bin Isahak, Pengurus Gred W48

HARI KEDUA (30 JANUARI 2019)

Hari kedua program dimulakan dengan Taklimat Peranan dan Fungsi Bahagian Perancangan, Bahagian Kewangan, Unit Komunikasi Korporat, Unit Integriti, Bahagian Kejuruteraan Teknikal, Unit Pemantauan dan Pelaksanaan serta Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan. Perincian slot taklimat telah disampaikan oleh pegawai – pegawai seperti berikut:

  1. Slot Bahagian Perancangan – Encik Ibrahim Bin Jacob, Penolong Pengurus Kanan Gred J44
  2. Slot Bahagian Kewangan – Puan Siti Harishah Binti Awang Omar, Penolong Pengurus Kanan Gred WA44
  3. Slot Unit Komunikasi Korporat – Encik Mohd Tarmizi Bin Mohamad Tajuddin, Pengurus Gred N44
  4. Slot Unit Integriti – Encik Muhammad Khairi Bin Azizan, Ketua Unit Gred N41
  5. Slot Bahagian Kejuruteraan Teknikal – Encik Muhammad Fakharie Bin Dato’ Che Pee, Ketua Penolong Pengurus Gred J48(M)
  6. Taklimat Unit Pemantauan dan Pelaksanaan – Cik Waffa Wahida Binti Zainol, Pengurus Gred N48
  7. Taklimat Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan, Encik Muhammad Izzat Bin Ghazali, Penolong Pengurus Gred N41

HARI KETIGA (31 JANUARI 2019)

Bagi hari ketiga pula, peserta telah diberi taklimat berhubung peranan dan fungsi Bahagian Geopark dan Konservasi di LADA oleh Encik Azmil Munif Bin Bukhari, Pengurus Gred N52. Seterusnya, pihak urusetia telah mengaturkan sesi lawatan ke Pulau Dayang Bunting selama 3 jam kepada peserta program bagi memberikan pendedahan secara hands-on serta memperkenalkan salah satu produk pelancongan di bawah seliaan Anak Syarikat LADA iaitu LADA Eco-Tourism Sdn. Bhd. serta peranan Bahagian Geopark dan Konservasi yang melaksanakan pemantauan ke atas geosite tersebut. Akhir sekali, penutup program ini telah disampaikan oleh wakil BSMKP dan Pengurusan LADA, iaitu Puan Nur Fairuz Shahirah Binti Ab Jelani, Penolong Pengurus.

Penerangan ringkas pembentukan Tasik Dayang Bunting Geo Marble Forest Park yang berusia 390 juta oleh Encik Kamal bin Samsudin, Pembantu Taman/Ladang bertempat di Pulau Dayang Bunting (Geosite)

Alhamdulillah, program 3 hari ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan setiap peserta memberikan komitmen penuh dalam memastikan objektif program tercapai. Syabas dan tahniah kepada semua peserta!!!!!

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Isnin, 22 April 2019