Arkib

LAPORAN PROGRAM  TOURISM ENGAGEMENT DAY MOTAC, NCIA & SKM BERSAMA PARA PENGUSAHA PENGINAPAN PELANCONGAN DI LANGKAWI
03 Mac

LAPORAN PROGRAM TOURISM ENGAGEMENT DAY MOTAC, NCIA & SKM BERSAMA PARA PENGUSAHA PENGINAPAN PELANCONGAN DI LANGKAWI

1.1. Program Engagement Day: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Koridor Utara Malaysia (NCIA) & Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama para pengusaha penginapan pelancongan di Langkawi merupakan program anjuran LADA dan Langkawi Tourism Academy (LTA) untuk menggalakkan setiap pengusaha pelancongan Langkawi untuk berdaftar perniagaan tersebut di bawah MOTAC. MOTAC kini sedang menjalankan program pemutihan bagi memberi platform dan peluang kepada para pengusaha penginapan pelancongan untuk berdaftar secara percuma.

Di samping itu, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di mana setiap kakitangan baharu yang dilantik wajib menghadiri program ini secara sepenuh masa. Melalui program ini, peserta akan diberi pendedahan awal berhubung maklumat dan fungsi jabatan. Berikut merupakan objektif penganjuran program ini:

1.2. Selain itu, program ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti Mukim Kedawang berkaitan proses penubuhan koperasi. Pihak NCIA dan LTA bekerjasama dengan komuniti Mukim Kedawang untuk mewujudkan satu koperasi bagi memajukan dan meningkatkan sosia ekonomi penduduk tempatan di dalam sector pelancongan.

1.3. Kursus ini adalah merupakan salah satu inisiatif di dalam program pembangunan industri pelancongan oleh LADA. Seperti sedia maklum, majority penginapan pelancongan di Langkawi, Kedah belum berdaftar di bawah MOTAC. Justeru, program ini telah membuka peluang bagi para pengusaha untuk berdaftar secara percuma.

1.4. Sehubungan dengan itu, dengan adanya program seperti ini dapat membantu para pengusaha memajukan lagi perniagaan pelancongan mereka di Langkawi pada masa hadapan.

Latar Belakang Program

1.5.1. Jumlah peserta yang menyertai program engagement day ini adalah seramai 110 orang yang terdiri daripada pengusaha penginapan pelancongan bajet, hotel, inapan, motel, chalet, koperasi, Airbnd dan lain-lain yang terdapat di Langkawi.

1.5.2. Program engagement ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Pengarah LTA, En Khaairuddin Khalil, Pengarah Langkawi Tourism Academy. Program seterusnya diteruskan bermula jam 9.15 pagi hingga 12.30 tenghari diadakan sesi taklimat daripada pihak kementerian dan agensi bagi memastikan setiap para peserta mendapat info yang berguna seperti insentif, prosedur dan lain-lain daripada pihak MOTAC, NCIA, SKM dan LTA. Manakala, sesi pendaftaran perniagaan secara percuma diteruskan bermula jam 12.30 tenghari hingga 3.00 petang.

1.5.3. Majlis penutup dan penyampaian cenderahati bagi program Tourism Engagement Day MOTAC, NCIA & SKM bersama pengusaha penginapan pelancongan Langkawi telah disampaikan oleh Puan Maebel Leong Sai Fong, Ketua Penolong Pengurus Kanan Pelancongan LADA dan Puan Lina Azlina binti Zali, Penolong Pengurus Kanan Pelancongan LADA.

1.6. Maklum Balas (Pemain Industri)

1.6.1. Para peserta telah menyatakan bahawa program ini telah memberi informasi berkaitan insentif, bantuan dan membuka minda sekaligus memberi peluang kepada pengusaha penginapan pelancongan terutamanya untuk berdaftar di bawah MOTAC secara percuma.

2. KESIMPULAN

Berdasarkan program tersebut, adalah didapati sebanyak 65 buah premis penginapan pelancongan telah membuat pendaftaran di bawah MOTAC. Para peserta juga telah mengetahui berkaitan kepentingan pendaftaran lesen dan permit perniagaan dalam industri pelancongan di Langkawi. Dari segi kehadiran, terdapat juga sesetengah peserta yang tidak dapat menghadiri program tersebut atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh demikian, kesemua informasi yang diperolehi sepanjang program Tourism Engagement Day MOTAC, NCIA dan SKM ini dapat digunakan dan dipraktikkan pada masa hadapan supaya perniagaan pengusaha penginapan pelancongan di Langkawi akan terus berkembang maju dan berjaya meletakkan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka dunia.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 17 September 2019