Arkib

LAWATAN  EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARIPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) CAWANGAN SELANGOR DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) PERSEKUTUAN
10 Apr

LAWATAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARIPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) CAWANGAN SELANGOR DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) PERSEKUTUAN

Pada bulan Februari 2019, LADA telah menerima lawatan penanda aras daripada 2 buah agensi iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan pada 26 Februari 2019 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 27 Februari 2019.

Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan yang jelas berhubung pelaksanaan EKSA di LADA, di samping memberikan peluang kepada LADA dan agensi-agensi tersebut untuk berkongsi ilmu ke atas kejayaan LADA mendapat pensijilan kategori cemerlang dalam EKSA pada 15 Mac 2019 yang lalu. Dalam masa yang sama kedua-dua pihak turut bertukar pendapat dalam mengenalpasti kaedah terbaik amalan EKSA jabatan.

Antara input perancangan EKSA 2.0 LADA yang turut dikongsi bersama rombongan lawatan adalah mengenai ;-

  • I. Perluasan skop pengauditan EKSA LADA kepada produk & fasiliti LADA. II. Perancangan mengadakan pertandingan kreativiti dan inovasi dalam menididik dan mengcungkil bakal warga LADA di samping mengamal dan membudayakan EKSA 2.0 di LADA secara berterusan. III. Penambahbaikan dari masa ke semasa terhadap teguran-teguran lisan yang dikeluarkan oleh auditor MAMPU semasa pengauditan terdahulu.

Delegasi rombongan daripada JPJ telah diketuai oleh Pn. Zahidah Binti Abd Jalil yang merupakan Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik dengan jumlah rombongan seramai 45 orang yang rata-ratanya terdiri daripada Jawatankuasa Kerja Induk EKSA di JPJ Persekutuan.

Manakala pada 27 Februari 2019, LADA telah menerima kunjungan dari LHDN cawangan Selangor bagi lawatan penanda aras EKSA. Rombongan ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang pegawai dan kakitangan EKSA LHDN yang diketuai En. Mohamad Fauzi Bin Saat yang merupakan Pengarah Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko.

Melalui sesi perkongsian ilmu ini, ianya turut memberi input penambahbaikan EKSA 2.0 LADA pada masa akan datang. Antara input yang diperolehi ialah ;-

  • i. Perkongsian mengenai pengurusan sistem fail yang sistematik, sama ada dari segi kerja-kerja pentadbiran mahupun kewangan. ii. Kaedah serta konsep yang digunakan dalam memngadakan pertandingan inovasi dan kreativiti. iii. Pengenalan mengenai konsep yang digunakan bagi mennojolkan imej korporat angensi masing-masing
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Jumaat, 18 Oktober 2019