Arkib

‘RETREAT’ LADA BERSAMA MEDIA @ JERAI 2019
21 Okt

‘RETREAT’ LADA BERSAMA MEDIA @ JERAI 2019

Unit Khidmat Korporat (UKK) telah menganjurkan program ‘Retreat’ LADA Bersama Media @ Jerai 2019 pada 17 hingga 19 Oktober 2019 yang lalu bertempat di The Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah. Program ini melibatkan wakil-wakil Media dari Langkawi dan Media kawasan utara Semenanjung Malaysia sebagai peserta program iaitu wakil dari Radio Malaysia Langkawi fm, Media Awani News, Virgin Communications, The Sun dan Berita Harian/Harian Metro. Lokasi The Jerai Hill Resort dipilih agar dapat memberi pendedahan kepada pihak media tentang tarikan pelancongan yang terdapat di negeri Kedah dari aspek yang berbeza dengan tarikan pelancongan yang terdapat di Langkawi agar pihak media dapat merasai pengalaman baru di luar Langkawi. Program ini bertujuan untuk mengeratkan jaringan perhubungan antara pengamal media yang telah lama bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi mempromosikan acara-acara yang telah dan bakal dianjurkan pada masa akan datang. Ianya juga bertindak sebagai platform suai kenal bersama pengamal media yang baru ditugaskan di Langkawi. Program ini turut dianjurkan sebagai apresiasi kepada pihak Media yang menjadi tulang belakang kepada promosi-promosi acara pelancongan yang dianjurkan di Langkawi.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 19 November 2019