Arkib

PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019
07 Nov

PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019

PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019: SELF TRANSFORMATION FOR EXCELLENCE PROGRAMME

Program Team Building LADA Tahun 2019: Self Transformation for Excellence Programme telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 – 30 Ogos 2019 bertempat di Seri Ternas Lake Resort, Tasik Beris, Sik Kedah. Program selama empat (4) hari ini adalah selaras dengan Pelan Operasi Latihan Tahun 2019 dan telah disertai seramai 40 orang peserta Kumpulan Pelaksana terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan di LADA.

Program ini melibatkan elemen indoor dan outdoor di mana ianya dapat melahirkan kakitangan yang berkreativiti dan berdaya saing dalam menyelesaikan sesuatu isu dan permasalahan. Selain itu, ia turut membantu meningkatkan semangat berpasukan di kalangan warga kerja di samping membantu meningkatkan kefahaman berhubung keperluan perubahan pembangunan individu khususnya dan LADA amnya. Objektif penganjuran program ini adalah supaya kakitangan LADA dapat:
• memahami bagaimana, personality, gender dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran;
• memotivasi rakan sekerja bagi menghasilkan produktiviti kerja yang bermutu tinggi;
• membangun semangat berpasukan terutamanya di kalangan kumpulan yang pelbagai (diverse or heterogeneous groups); dan
• memahami kualiti penting seorang penjawat awam sebagai pemudahcara pasukan dan pembina pasukan.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 19 November 2019