Arkib

TAYANGAN PEMETAAN LASER MURAL 3D TAMADUN MESIR CIPTA SEJARAH MALAYSIA BOOKS OF RECORD
13 Feb

TAYANGAN PEMETAAN LASER MURAL 3D TAMADUN MESIR CIPTA SEJARAH MALAYSIA BOOKS OF RECORD

Langkawi 10 Feb. – Dua rekod baru dicipta oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd apabila produk baru mereka diiktiraf oleh pihak Malaysia Books of Record sebagai ‘Tayangan Pemetaan Dalam Dewan Besar’ dan ‘Lukisan Mural 3D Paling Besar’ di Malaysia. Sijil pengiktirafan diserahkan oleh wakil MBOR, Nurasyikin Ramli kepada Dato’ Haji Azizian Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif LADA pada Majlis Penjenamaan Semula Muzium 3D Langkawi di perkarangan Oriental Village, Langkawi. Tayangan laser yang unik itu akan memberi pengalaman baru kepada pengunjung seolah-olah mereka berada pada zaman Tamadun Mesir dan Air Terjun Niagara. “Usaha ini bertujuan untuk memberi variasi produk untuk menarik kedatangan pelancong…
Pesta Sukan Kementerian Kewangan 2016
03 Jan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan 2016

LANGKAWI – Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 hingga 22 Disember 2016 yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Langkawi (KSL). Seramai 2,500 atlet daripada 13 buah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengambil bahagian dalam 12 acara yang dipertandingkan. Acara yang di pertandingkan termasuklah badminton, bola sepak, bola jaring, golf, acara balapan dan permainan indoor seperti karom dan catur. Kesemua atlet telah bertungkus lumus demi menjulang nama agensi masing-masing. Pesta sukan ini telah dirasmikan oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II pada 20 Disember. Sementara itu, Johari dalam ucapannya berkata beliau…
CEO LADA
06 Dis

CEO LADA

 This Content Available in English  LANGKAWI, Dec 5 (Bernama) -- Langkawi Development Authority (LADA) enters a new era of leadership through the appointment of Datuk Azizan Noordin as its chief executive officer effective Dec 1. The former deputy director-general (Promotion) of Tourism Promotion Board (Tourism Malaysia) succeeded Tan Sri Khalid Ramli, who called it a day on Nov 30 after five years at the helm of LADA.
Pelan 5 tahun Lada berkesan
02 Nov

Pelan 5 tahun Lada berkesan

Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dalam proses membangunkan Pelan Strategik Pelancongan Langkawi siri kedua bagi tempoh 2016 hingga 2020 selepas berjaya mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam pelan strategik pertamanya antara 2011 dan 2015. Dalam pencapaian pertama pelan strategik berkenaan, Lada berjaya mencapai lebihan sasaran dalam segmen utama pembangunan pelancongan di pulau berkenaan iaitu dari segi kemasukan pelancong, perolehan perbelanjaan pelancong, pelaburan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli berkata, pada pelan strategik pertama, pihaknya berjaya mencatatkan 3.62 juta pelancong pada tahun lalu dan melepasi sasaran tiga juta pelancong pada awal pelan strategik itu dilancarkan pada 2011.…
Majlis Penerimaan Replika Warisan Rumah Melayu Tradisional Langkawi
04 Sep

Majlis Penerimaan Replika Warisan Rumah Melayu Tradisional Langkawi

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Penerimaan Replika Warisan Rumah Melayu Tradisional Langkawi pada 6 Oktober 2016. Majlis yang turut dihadiri oleh komuniti Langkawi ini juga, telah diadakan di di Pusat Penyelidikan Langkawi. Penyerahan replika ini diharapkan dapat mempamerkan warisan melayu Khasnya tradisional Langkawi kepada pengunjung Pusat Penyelidikan
MAJLIS PELANCARAN LOGO BAHARU LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK DAN PROGRAM GEO-KOMUNITI
04 Sep

MAJLIS PELANCARAN LOGO BAHARU LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK DAN PROGRAM GEO-KOMUNITI

Majlis pelancaran logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark dan program Geo-Komuniti telah diadakan pada 28 Februari 2016 (Ahad), jam 3.00 petang di Coco Jam Ballroom, Frangipani Resort & SPA Langkawi. Bertepatan dengan penilaian kedua Geopark pada tahun 2015, Langkawi telah diberi kad hijau atau full membership bagi meneruskan status geopark bagi tempoh 4 tahun akan datang iaitu sehingga 2019. Pengiktirafan ini jelas menandakan Langkawi sebuah pulau yang bukan sahaja kaya dengan khazanah alam semulajadi malah turut melambangkan kerjasama erat semua pihak dalam terus memperkasakan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) sehingga hari ini. Bertepatan dengan pengiktirafan tersebut, Langkawi UNESCO Global Geopark…
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 19 November 2019