Arkib

LAWATAN RASMI OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, TUN MAHATHIR MOHAMAD KE LADA
13 Okt

LAWATAN RASMI OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, TUN MAHATHIR MOHAMAD KE LADA

Lembaga Pembangnan Langkawi (LADA) telah menerima lawatan rasmi daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, pada 13 Oktober 2019. Di dalam sesi lawatan ini, penerangan berkaitan Pembangunan Langkawi telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA kpd Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di dalam sesi yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut dimaklumkn berkaitan pencapaian LADA dalam merealisasi konsep pembangunan lestari di Langkawi yg diperkenalkan melalui pengiktirafan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark.
KARNIVAL USAHAWAN & BIZ FRANCAIS LANGKAWI 2019
08 Okt

KARNIVAL USAHAWAN & BIZ FRANCAIS LANGKAWI 2019

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Pejabat Parlimen Langkawi telah menganjurkan Karnival Usahawan dan Biz-Francais Langkawi 2019. Karnival ini berlangsung selama 2 hari mulai 28 September 2019 hingga 29 September 2019 bertempat di Kompleks Pekan Rabu Langkawi. Matlamat utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mendekati peluang perniagaan francais serta penggunaan aplikasi digital di dalam perniagaan. Selain itu, karnival ini juga menjadi platform sebagai pemudahcara perniagaan yang bakal dijalankan pada masa hadapan. Tiga segmen telah di bawa di dalam penganjuran karnival ini iaitu jualan produk usahawan tempatan, pameran oleh agensi…
KARNIVAL ASYURA LANGKAWI 2019 & FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
08 Okt

KARNIVAL ASYURA LANGKAWI 2019 & FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Karnival Asyura Langkawi telah diadakan pada 19 Sept 2019 (Khamis) bertempat di Kompleks Sukan Langkawi. Program ini disambut baik oleh komuniti setempat yang mana pihak penganjur telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan iaitu sebanyak 80 penyertaan yang terdiri daripada kumpulan pertubuhan komuniti/ cawangan masjid & surau/sekolah/kolej/persatuan/Jabatan Kerajaan & swasta/hotel & motel. Program ini dibahagikan kepada dua sesi dengan penglibatan keseluruhan seramai 400 orang. Program turut menawarkan hadiah menarik kepada pemenang mengikut kategori dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Pada tarikh yang sama turut berlangsung majlis ilmu Forum Perdana Ehwal…
PENILAIAN KALI KE-3 LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK
08 Okt

PENILAIAN KALI KE-3 LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK

Bermula dari 7hb hingga 11hb Ogos 2019, Langkawi Geopark telah menerima 2 orang tetamu khas iaitu Dr Kirstin Lemon dari Ireland dan Mr Sigurður Sigursveinsson dari Iceland. Kunjungan mereka berdua kali ini adalah lanjutan dari misi empat tahun sekali, Penilaian semula Langkawi Geopark atau 'Revalidation'. Pengiktirafan ini adalah amat penting dikekalkan bagi memastikan Langkawi terus dikenali dan dikunjungi sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan yang bersih dan indah di antara 10 pulau eko-pelancongan terbaik dunia. Penilai ini telah dibawa melawat beberapa kawasan Di Langkawi bagi melihat sejauh mana pentadbir, komuniti, pelancong, pengusaha, pemain industri, NGO dan sebagainya benar-benar memahami, menghayati dan membudayakan…
LANGKAWI LEGENDARY RIDE 2019
08 Okt

LANGKAWI LEGENDARY RIDE 2019

Pada 14 September 2019 yang lalu telah berlangsung dengan meriahnya Acara Langkawi Legendary Ride 2019. Dataran Mar-mar Kuah, Langkawi telah dipilh sebagai lokasi perasmian dan pelepasan peserta bagi acara tersebut. Acara ini merupakan penganjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tough Gorilla Venture Sdn Bhd yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir. Acara yang julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan beserta pasangan dan Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah. Acara Langkawi Legendary Ride 2019 ini berjaya menerima penyertaan…
PENGANJURAN PERTANDINGAN INOVASI JET KAWALAN JAUH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PROGRAM SAINS BERSAMA KOMUNITI
08 Okt

PENGANJURAN PERTANDINGAN INOVASI JET KAWALAN JAUH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PROGRAM SAINS BERSAMA KOMUNITI

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Jet Kawalan Jauh Peringkat Kebangsaan (RC Jet) dan Program Sains Bersama Komuniti pada 7 dan 8 Oktober 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Padang B, Kompleks Sukan Langkawi. Program RC Jet ini telah dirasmikan oleh YB Encik Ooi Tze Min (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal masyarakat Cina dan Siam, Perubahan Iklim & Alam Sekitar dan Sain & Teknologi, Merangkap Adun Bakar Arang). Program ini disertai oleh 33 pasukan…
Kursus Regional UNESCO Global Geopark 2019
07 Okt

Kursus Regional UNESCO Global Geopark 2019

Kursus Regional UNESCO Global Geopark 2019 yang berlangsung selama 5 hari dari 7 hingga 11 Oktober di Ombak Villa adalah bertujuan untuk meningkatkan perhubungan sesama ahli GGN / APGN di samping berkongsi idea & pengalaman, cabaran dan amalan terbaik untuk pengurusan Geopark yang mampan. Mereka turut juga berpeluang mempromosikan pemahaman yang lebih baik mengenai konsep rangkaian GGN / APGN di rantau ini. Dianggarkan seramai 40 peserta dari pelbagai negara telah menghadiri kursus ini meliputi dari Uzbekistan, Khazkhstan, Jepun, Indonesia dan Malaysia. Penyampaian kursus adalah secara kuliah oleh Pakar Geopark Global UNESCO, sesi berkongsi pengalaman dan perbincangan serta persembahan. Di akhir…
Majlis Pelancaran 100 Go Digital
03 Okt

Majlis Pelancaran 100 Go Digital

100 Go Digital merupakan sebuah inisiatif anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Langkawi Development Authority (LADA) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) untuk membantu dan membolehkan perniagaan-perniagaan tempatan mengunapakai digital dalam meningkatkan kualiti keusahawanan. Program ini dilaksanakan pada 3 Oktober 2019 (Khamis), bermula jam 8:30 pagi - 1:30 tengah hari bertempat di Hotel Aloft Langkawi. Seramai 100 orang usahawan tempatan terlibat di dalam program ini. Objektif program ini adalah bagi membolehkan peniaga-peniaga tempatan untuk memanfaatkan digital sepenuhnya dengan menangani cabaran perniagaan dan menggunapakai penyelesaian digital bagi mendapatkan faedah-faedah perniagaan. Program ini dilihat dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan untuk terus meningkatkan…
Halaman 1 dari 4
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Isnin, 14 Oktober 2019