Arkib

LAWATAN  EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARIPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) CAWANGAN SELANGOR DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) PERSEKUTUAN
10 Apr

LAWATAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARIPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) CAWANGAN SELANGOR DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) PERSEKUTUAN

Pada bulan Februari 2019, LADA telah menerima lawatan penanda aras daripada 2 buah agensi iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan pada 26 Februari 2019 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 27 Februari 2019. Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan yang jelas berhubung pelaksanaan EKSA di LADA, di samping memberikan peluang kepada LADA dan agensi-agensi tersebut untuk berkongsi ilmu ke atas kejayaan LADA mendapat pensijilan kategori cemerlang dalam EKSA pada 15 Mac 2019 yang lalu. Dalam masa yang sama kedua-dua pihak turut bertukar pendapat dalam mengenalpasti kaedah terbaik amalan EKSA jabatan. Antara input perancangan EKSA 2.0 LADA yang turut dikongsi bersama rombongan lawatan…
Bengkel Pengurusan Risiko  Sistem Pengurusan Kualiti LADA MS ISO 9001:2015
10 Apr

Bengkel Pengurusan Risiko Sistem Pengurusan Kualiti LADA MS ISO 9001:2015

Pengurusan risiko merupakan satu aspek pengurusan yang sangat penting dalam mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan risiko seperti yang ditakrifkan dalam Piawaian ISO sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah jabatan ataupun agensi. Justeru, pengurusan risiko juga bertindak untuk memastikan penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi serta memaksimakan penzahiran peluang kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Pada 4 hingga 5 Mac 2019 yang lalu, BSMKP telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko Sistem Pengurusan Kualiti bertempat di Dewan besar, LADA. Bagi Bengkel Pengurusan Risikp kali ini, BSMKP telah membawa khas penceramah dari SIRIM STS sdn. bhd. untuk berkongsi idea…
BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 TAHUN 2019
10 Apr

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 TAHUN 2019

Standard ISO 9001 merupakan piawaiaan yang digunakan secara meluas bagi mengukur keberkesanan sistem pengurusan kualiti sesuatu jabatan/agensi secara efektif. Standard ISO 9001:2015 telah diterbitkan pada September 2015, menggantikan Standard ISO 9001:2008. Seiring dengan piawaian yang diterbitkan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah dianugerahkan pensijilan Standard ISO 9001:2015 pada 5/9/2017. Di dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), kefahaman semua anggota kerja amat penting bagi memastikan pematuhan dan keberkesanan ke atas sistem tersebut dapat dipelihara. Justeru,satu bengkel pemurnian ke atas dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 telah dijalankan pada 6 dan 7 Mac 2019 bertempat di dewan utama Tuba Beach Resort,…
MAJLIS BACAAN YASSIN & PROGRAM CERAMAH ISRAK MIKRAJ
01 Apr

MAJLIS BACAAN YASSIN & PROGRAM CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat dianjurkan oleh Unit Pentadbiran AM, (BSMKP) yang telah diadakan di Dewan Besar Aras M2, Kompleks LADA pada 21 Mac 2019 bersamaan 14 Rejab 1440H pada jam 8.30 pagi. Majlis telah dikhalifahkan oleh Encik Asraf bin Ahmad, Penolong Pengurus Kanan Bahagian Teknikal. Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Majlis ilmiah ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan di Lembaga Pembangunan Langkawi, disamping menghadiahkan doa-doa kepada kedua ibubapa, sanak-saudara, anak-anak dan sahabat-handai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan…
PERTANDINGAN MEMANCING TERBUKA LANGKAWI 2019
01 Apr

PERTANDINGAN MEMANCING TERBUKA LANGKAWI 2019

Pertandingan Memancing Terbuka Langkawi 2019 bertempat di Chenang Break Water. Penganjuran kali pertama ini menerima penyertaan seramai 550 orang dari pelbagai negeri termasuk Kelantan, Penang dan juga Perlis. Juara Tempat Pertama menaikkan ikan Pari seberat 7.10kg menerima hadiah wang tunai RM 7,000.00 dan tempat kedua hingga ke 10 juga didominasi oleh ikan Pari. .cbp-l-project-desc-title{ display : none; }
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA TAHUN 2018
27 Mac

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA TAHUN 2018

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) LADA Tahun 2018 telah diadakan pada 13 Mac 2019 (Rabu) bertempat di Hotel Aloft Langkawi, Pantai Tengah. Majlis APC pada tahun ini bertemakan “Glittering Blue” yang melambangkan sifat rajin dan berdedikasi warga LADA. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada 28 orang penerima APC dan penyampaian Sijil Keberanian Lembaga Pembangunan Langkawi kepada kakitangan LADA yang terlibat. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan dihadiri oleh 230 orang kakitangan LADA termasuk pasangan, kakitangan anak-anak syarikat LADA selain wakil media tempatan. Majlis telah diserikan dengan persembahan daripada ahli…
Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat Februari 2019
14 Mac

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat Februari 2019

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat dianjurkan oleh Unit Pentadbiran AM, (BSMKP) yang telah diadakan di Surau Aras M2, Kompleks LADA pada 21 Februari 2019 bersamaan 21 Jamadilakhir 1440H pada jam 8.30 pagi. Majlis telah dikhalifahkan oleh Tn. Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani, Pengurus Bahgian Perancang. Dengan izin Allah SWT, diharapkan majlis ini dapat diadakan secara bulanan. Majlis ilmiah ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan di Lembaga Pembangunan Langkawi, disamping menghadiahkan doa-doa kepada kedua ibubapa, sanak-saudara, anak-anak dan sahabat-handai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan…
Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Bil 1/2019
10 Mac

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Bil 1/2019

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019 telah diadakan pada 28 Februari 2019 bertempat di Auditorium LADA. Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini bertemakan “AKAUNTABILITI CHEQ, TANGGUNGJAWAB CHEQ” ataupun dengan maksud lain AKAUNTABILITIKU TANGGUNGJAWABKU. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan peranan pegawai awam, kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 telah menguatkuasaan penggunaan myPortfolio. myPortfolio menitikberatkan akan penyediaan ‘Job Description (JD)’ yang meliputi element utama akan akauntabiliti bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab pegawai supaya visi dan misi kerajaan tercapai. Seiringan dengan arahan yang berkuatkuasa, mulai Disember 2018, LADA telah mengorak langkah dengan mewujudkan terlebih dahulu Job Description…
Halaman 4 dari 6
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Rabu, 20 November 2019