Arkib

PERARAKAN KERETA BERHIAS SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH
07 Jan

PERARAKAN KERETA BERHIAS SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH

BLembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyertai Perarakan Kereta Berhias sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang telah diadakan pada 18 Disember 2018, jam 8.00 malam bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Perarakan kereta berhias ini merupakan salah satu acara yang dilaksanakan bagi memeriahkan istiadat pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Program ini telah disertai oleh 20 buah agensi kerajaan dan swasta yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Kemeriahan penganjuran acara ini telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dari pelbagai demografi dan latar belakang untuk meraikan majlis perarakan kereta berhias tersebut. MAJLIS…
BENGKEL MYPORTFOLIO LADA
02 Jan

BENGKEL MYPORTFOLIO LADA

Bengkel myPortfolio (MP) LADA telah dirasmikan oleh YBrs. En. Khalid bin Ibrahim, Pengurus BSMKP yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 2-4 Disember 2018 yang bertempat di Bayview Hotel, Georgetown Penang. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri 13 bahagian/unit di LADA. Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh En. Mohd Sahrul Nizam bin Jaafar, Penolong Perunding Latihan (P) 3, Unit Penyampaian Perkhidmatan, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dan dibantu bersama oleh Pn. Yuzlin binti Hashim, Pegawai Tadbir, SUK Melaka. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi panduan myPortfolio, tatacara penyediaan myPortfolio termasuk penyediaan deskripsi tugas , amali dan…
Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA  dan Anak Syarikat LADA
18 Jul

Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA dan Anak Syarikat LADA

Sebagai penutup tirai bulan Syawal 1439H, Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA dan Anak Syarikat LADA yang bertemakan #SyoknyaRayaLADA telah diadakan dengan jaya pada 11 Julai 2018 bersamaan dengan 27 Syawal 1439H di Kompleks LADA. Majlis ini telah dihadiri oleh 935 orang para jemputan yang terdiri daripada pegawai, kakitangan dan keluarga warga kerja LADA, pegawai dan kakitangan Anak – Anak Syarikat LADA, Yang Berhormat ADUN Kuah dan Ayer Hangat, Ketua – Ketua Jabatan, Pemain Industri, Wakil – Wakil Komuniti serta pegawai dan kakitangan jabatan – jabatan di Kompleks LADA. Alhamdulillah, majlis disambut dalam kesederhanaan tetapi tetap meriah!!!!…
Maksimumkan Penggunaan Teknologi Dalam Sukan
04 Feb

Maksimumkan Penggunaan Teknologi Dalam Sukan

Kerjasama kali pertama antara LADA dan Ahli Parlimen Langkawi pada tahun 2017 telah membawa perubahan dengan penggunaan sistem pendaftaran online. Melalui sistem ini pengurus pasukan dibekalkan dengan ID bagi membolehkan semua pemain didaftarkan dan semua urusan pemindahan akan menggunakan sistem ini. Sistem telah dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian ICT LADA yang diketuai oleh Puan Rozaini (Pengurus ICT) dan pembangunan sistem ini pula di ketuai oleh En. Hadrulladtfi (Programmer LADA). Bagi tahun ini, Bahagian ICT LADA memberi komitmen penuh dengan membangunkan sebuah laman web berasaskan sukan bolasepak yang yang akan digabungkan dengan sistem pendaftaran online sediada. Pembangunan laman web ini telah di…
PROGRAM KONSERVASI MENYEMAI ANAK BAKAU
24 Jan

PROGRAM KONSERVASI MENYEMAI ANAK BAKAU

Langkawi, 17 Januari 2018 - Bahagian Geopark dan Konservasi telah melaksanakan program konservasi menyemai anak bakau serta khidmat masyarakat oleh mutiara international grammar school sdn. bhd. Program diadakan seawal jam 8.30 pagi di Bakau Santuary, Kilim Geoforest Park. Seramai 31 orang pelajar dan 4 guru pengiring telah menyertai program ini yang bertujuan membeli pendedahan kepada memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti khidmat masyarakat dan kepentingan ekosistem paya bakau. .cbp-l-project-desc-title{ display : none; }
Langkawi Education Fair 2018
17 Jan

Langkawi Education Fair 2018

Langkawi, 13 dan 14 Januari 2018 - Education Fair 2018 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Badminton, Kompleks LADA. Seramai 2050 peserta telah menghadiri acara ini yang juga telah dirasmikan oleh YB Nor Saidi Bin Nanyan ADUN Kuah Antara pengisian yang telah dijalankan ialah Pameran IPT, Cabutan Bertuah, Taklimat IPTA/IPTS/Institut Kemahiran, Taklimat Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Pemeriksaan Kesihatan & Derma darah, Demonstrasi make up & Inai, Jualan makanan, Pengenalan Program Rakan Strategik LADA, Ceramah dari Persatuan mahasiswa Langkawi dan Fruit carving, towel folding, napkin folding, mocktail, DIY craft. .cbp-l-project-desc-title{ display : none; }
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Selasa, 19 November 2019