Arkib

LAPORAN TAKLIMAT GARIS PANDUAN KAWALAN MESIN PENYALIN DAN MESIN FAKSIMILI
04 Mac

LAPORAN TAKLIMAT GARIS PANDUAN KAWALAN MESIN PENYALIN DAN MESIN FAKSIMILI

Taklimat ini bertujuan menerangkan peraturan keselamatan akan tatacara kawalan penggunaan mesin penyalin dan faksimili yang melibatkan kawalan penyalinan dokumen Kerajaan, penempatan lokasi mesin dan penggunaannya. “Arahan Keselamatan – Keselamatan Fizikal, Bab VII – Kawalan Mesin – Mesin Penyalin”. Pematuhan terhadap garis panduan ini penting dalam memastikan sistem kawalan keselamatan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semua jabatan yang dibekalkan dengan mesin-mesin penyalin termasuk mesin-mesin pendua atau fotostat hendaklah sentiasa mengawasi penggunaan mesin-mesin tersebut terutama sekali apabila mengeluarkan dokumen-dokumen terperingkat. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam tatacara kawalan dan penggunaan mesin penyalin dan mesin faksimili adalah seperti berikut : MESIN PENYALIN…
LAPORAN PROGRAM  TOURISM ENGAGEMENT DAY MOTAC, NCIA & SKM BERSAMA PARA PENGUSAHA PENGINAPAN PELANCONGAN DI LANGKAWI
03 Mac

LAPORAN PROGRAM TOURISM ENGAGEMENT DAY MOTAC, NCIA & SKM BERSAMA PARA PENGUSAHA PENGINAPAN PELANCONGAN DI LANGKAWI

1.1. Program Engagement Day: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Koridor Utara Malaysia (NCIA) & Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama para pengusaha penginapan pelancongan di Langkawi merupakan program anjuran LADA dan Langkawi Tourism Academy (LTA) untuk menggalakkan setiap pengusaha pelancongan Langkawi untuk berdaftar perniagaan tersebut di bawah MOTAC. MOTAC kini sedang menjalankan program pemutihan bagi memberi platform dan peluang kepada para pengusaha penginapan pelancongan untuk berdaftar secara percuma. Di samping itu, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di mana setiap kakitangan baharu yang dilantik wajib menghadiri program ini secara sepenuh masa. Melalui…
PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN LANTIKAN BAHARU LADA TAHUN 2018 & 2019
04 Feb

PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN LANTIKAN BAHARU LADA TAHUN 2018 & 2019

Program Orientasi Kakitangan Lantikan Baharu LADA Tahun 2018 & 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 – 31 Januari 2019 bertempat di Kompleks LADA dan Pulau Dayang Bunting (Geosite). Program selama tiga (3) hari ini merupakan program khusus anjuran Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan kepada pegawai dan kakitangan lantikan baharu sama ada secara tetap mahupun lantikan Contract Of/For Service. Program ini telah disertai seramai 15 orang peserta terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan. Di samping itu, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di mana setiap kakitangan baharu yang…
EKSESAIS PEMAKAIAN PANGKAT KOPERAL POLIS BANTUAN LADA
03 Feb

EKSESAIS PEMAKAIAN PANGKAT KOPERAL POLIS BANTUAN LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada julung kalinya telah mengadakan Eksesais Pemakaian Pangkat Koperal kepada Polis Bantuan di LADA pada 29 Januari hingga 30 Januari 2019. Inisiatif ini merupakan salah satu KPI baharu BSMKP dalam menentukan pemilihan dan pemakaian pangkat serta justifikasi pemakaian pangkat Koperal Polis Bantuan ini adalah seperti di bawah:- Pemakaian pangkat Polis Bantuan (PB) masih belum digunakan sepenuhnya oleh LADA semenjak ia diperolehi pada tahun 1997; Masih terdapat kekosongan pangkat Koperal (3 jawatan) dan tambahan (2 jawatan) disebabkan persaraan bagi pemakaian pangkat Polis Bantuan (PB) di LADA dan; Memudahkan setiap perintah (command) dan arahan diberi dan diterima dengan…
SEMPENA MAJLIS AMANAT PROGRAM PENGERUSI BERSAMA WARGA LADA
23 Jan

SEMPENA MAJLIS AMANAT PROGRAM PENGERUSI BERSAMA WARGA LADA

Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru 2019, Majlis Amanat Pengerusi Bersama Warga LADA telah diadakan pada 22 Januari 2019 bertempat di Auditorium, Kompleks LADA. Majlis ini telah diserikan dengan amanat oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato’ Ir Amiruddin Bin Hamzah yang juga merupakan Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Di dalam sesi tersebut, YB TMK telah menyampaikan amanat beliau kepada warga LADA yang menyentuh empat (4) aspek yang perlu dipraktikkan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam terus unggul iaitu: AMANAT PERTAMA: Memiliki Sifat-Sifat Unggul Sebagai Penjawat Awam YB TMK Memberi Panduan Kepada Warga LADA Supaya Memiliki Sifat Yang Positif. Merujuk…
SESI PERKONGSIAN ILMU: PROSEDUR PENSIJILAN HALAL JAKIM DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PELANCONGAN ISLAM
09 Jan

SESI PERKONGSIAN ILMU: PROSEDUR PENSIJILAN HALAL JAKIM DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PELANCONGAN ISLAM

Lembaga Pembangunan Langkawi telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu: Prosedur Pensijilan Halal JAKIM dan Perkongsian Pengalaman Pelancongan Islam oleh YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) telah dijalankan pada 30 Disember 2018, bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Sesi perkongsian ilmu ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan juga pencerahan kepada masyarakat khususnya kepada usahawan-usahawan yang ingin membangunkan perniagaan mereka di dalam bidang pelancongan pada masa hadapan dengan cara yang lebih baik. Justeru, penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pemain industri pelancongan Langkawi berkenaan cara mendapatkan kelulusan sijil HALAL daripada pihak JAKIM serta inisiatif untuk menarik lagi…
LAPORAN KURSUS KESIAPSIAGAAN DAN BANTU MULA
09 Jan

LAPORAN KURSUS KESIAPSIAGAAN DAN BANTU MULA

Kursus Kesiapsiagaan dan Bantu Mula ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri Kedah. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi melatih dan mendidik petugas-petugas di dalam industri pelancongan bagi menghadapi dan sentiasa bersedia menghadapi waktu kecemasan yang berlaku di tempat tumpuan orang ramai. Jumlah peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 110 orang yang terdiri daripada agensi penggembaraan kakitangan hotel, spa, pengusaha pusat pelancongan, pemandu teksi, agensi penggembaraan, pengusaha homestay, pemandu pelancong dan lain-lain telah turut serta di dalam kursus ini. Kursus ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bengkel tersebut telah dimulakan dengan…
KURSUS GOOGLE ADS
09 Jan

KURSUS GOOGLE ADS

Lembaga Pembangunan Langkawi telah menganjurkan Kursus Google Ads bersempena dengan Hari Pelancongan Dunia UNWTO telah diadakan pada 27 September 2018 bertempat di Hotel Bayview, Kuah. Kursus ini dianjurkan bersempena dengan Hari Pelancongan bagi tahun 2018 dengan tema Tourism and Digital Transformation. Justeru, penganjuran kursus pemasaran digital Google Ads ini adalah bertepatan dengan Hari Pelancongan Dunia 2018. Selain itu, penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pemain industri pelancongan Langkawi berkenaan teknik–teknik terbaru pemasaran digital yang menjadi medium utama bagi meningkatkan jualan pada masa kini. Jumlah peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 39 orang yang terdiri…
Halaman 5 dari 8
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Rabu, 20 November 2019