Arkib

BENGKEL INTENSIF KOORDINASI PENGURUSAN LOGISTIK PERFILEMAN LANGKAWI
09 Jan

BENGKEL INTENSIF KOORDINASI PENGURUSAN LOGISTIK PERFILEMAN LANGKAWI

Lembaga Pembangunan Langkawi Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi telah diadakan bermula 2 hingga 6 Disember 2018 bertempat di Hotel Adya, Kuah. Bengkel intensif ini adalah anjuran dengan kerjasama pihak Pertubuhan Inonvasi Digital Malaysia (PIDM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Gabungan Pelajar Semenajung Malaysia (GPMS) untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir tempatan bagi menjadi tenaga kerja sokongan iaitu production support team yang profesional setiap kali kerja-kerja penggambaran dilakukan di Pulau Langkawi. Selain itu, bengkel ini juga adalah agar para pemain industri pelancongan Langkawi dapat memahami dan menguasai sepenuhnya ilmu pengurusan logistik dan penyelarasan teknikal yang telah dikongsi di dalam…
PENGURUSAN FOOD & BEVERAGES PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI
09 Jan

PENGURUSAN FOOD & BEVERAGES PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI

Pada 18 hingga 19 November 2018 yang lalu, Lembaga pembangunan Langkawi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Food & Beverages ini diadakan bagi melahirkan pengusaha restoran, warung, medan selera, café dan lain-lain agar dapat diberi pendedahan berkaitan ilmu pengetahuan dan praktis pengurusan dan penyediaan Food & Beverages yang lebih professional. Kursus ini adalah merupakan salah satu inisiatif di dalam program pembangunan industri pelancongan di Langkawi. Seperti sedia maklum, 80% sumber ekonomi Pulau Langkawi adalah hasil daripada sektor pelancongan. Justeru, peningkatan kualiti penyajian makanan dan minuman haruslah ditingkatkan seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran pelancongan pada masa kini. Jumlah peserta yang menyertai kursus…
TOURISM ENGAGEMENT DAY BERSAMA LADA, MOTAC DAN NCIA
09 Jan

TOURISM ENGAGEMENT DAY BERSAMA LADA, MOTAC DAN NCIA

Lembaga Pembangunan Langkawi telah menganjurkan Latourism engagement day yang telah berlangsung di Dash Resort Langkawi pada 11 November 2018 ini menggabungkan beberapa komponen iaitu taklimat, sesi konsultasi serta pameran. Program ini adalah salah satu inisiatif daripada Bahagian Pelancongan, Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan, MOTAC dan NCIA untuk memberi pendedahan kepada para pemain industri pelancongan Langkawi berkaitan insentif yang di tawarkan kepada para pemain industri pelancongan seperti Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan (TPIP) yang dikendalikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), insentif cukai kepada para pengusaha hotel, insentif pengurangan cukai kepada agensi penggembaraan dan lain-lain. Perkara ini adalah kerana ramai di antara…
PERARAKAN KERETA BERHIAS SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH
07 Jan

PERARAKAN KERETA BERHIAS SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH

BLembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyertai Perarakan Kereta Berhias sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang telah diadakan pada 18 Disember 2018, jam 8.00 malam bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Perarakan kereta berhias ini merupakan salah satu acara yang dilaksanakan bagi memeriahkan istiadat pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Program ini telah disertai oleh 20 buah agensi kerajaan dan swasta yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Kemeriahan penganjuran acara ini telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dari pelbagai demografi dan latar belakang untuk meraikan majlis perarakan kereta berhias tersebut. MAJLIS…
BENGKEL MYPORTFOLIO LADA
02 Jan

BENGKEL MYPORTFOLIO LADA

Bengkel myPortfolio (MP) LADA telah dirasmikan oleh YBrs. En. Khalid bin Ibrahim, Pengurus BSMKP yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 2-4 Disember 2018 yang bertempat di Bayview Hotel, Georgetown Penang. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri 13 bahagian/unit di LADA. Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh En. Mohd Sahrul Nizam bin Jaafar, Penolong Perunding Latihan (P) 3, Unit Penyampaian Perkhidmatan, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dan dibantu bersama oleh Pn. Yuzlin binti Hashim, Pegawai Tadbir, SUK Melaka. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi panduan myPortfolio, tatacara penyediaan myPortfolio termasuk penyediaan deskripsi tugas , amali dan…
Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA  dan Anak Syarikat LADA
18 Jul

Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA dan Anak Syarikat LADA

Sebagai penutup tirai bulan Syawal 1439H, Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai LADA Bersama Warga LADA dan Anak Syarikat LADA yang bertemakan #SyoknyaRayaLADA telah diadakan dengan jaya pada 11 Julai 2018 bersamaan dengan 27 Syawal 1439H di Kompleks LADA. Majlis ini telah dihadiri oleh 935 orang para jemputan yang terdiri daripada pegawai, kakitangan dan keluarga warga kerja LADA, pegawai dan kakitangan Anak – Anak Syarikat LADA, Yang Berhormat ADUN Kuah dan Ayer Hangat, Ketua – Ketua Jabatan, Pemain Industri, Wakil – Wakil Komuniti serta pegawai dan kakitangan jabatan – jabatan di Kompleks LADA. Alhamdulillah, majlis disambut dalam kesederhanaan tetapi tetap meriah!!!!…
Maksimumkan Penggunaan Teknologi Dalam Sukan
04 Feb

Maksimumkan Penggunaan Teknologi Dalam Sukan

Kerjasama kali pertama antara LADA dan Ahli Parlimen Langkawi pada tahun 2017 telah membawa perubahan dengan penggunaan sistem pendaftaran online. Melalui sistem ini pengurus pasukan dibekalkan dengan ID bagi membolehkan semua pemain didaftarkan dan semua urusan pemindahan akan menggunakan sistem ini. Sistem telah dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian ICT LADA yang diketuai oleh Puan Rozaini (Pengurus ICT) dan pembangunan sistem ini pula di ketuai oleh En. Hadrulladtfi (Programmer LADA). Bagi tahun ini, Bahagian ICT LADA memberi komitmen penuh dengan membangunkan sebuah laman web berasaskan sukan bolasepak yang yang akan digabungkan dengan sistem pendaftaran online sediada. Pembangunan laman web ini telah di…
PROGRAM KONSERVASI MENYEMAI ANAK BAKAU
24 Jan

PROGRAM KONSERVASI MENYEMAI ANAK BAKAU

Langkawi, 17 Januari 2018 - Bahagian Geopark dan Konservasi telah melaksanakan program konservasi menyemai anak bakau serta khidmat masyarakat oleh mutiara international grammar school sdn. bhd. Program diadakan seawal jam 8.30 pagi di Bakau Santuary, Kilim Geoforest Park. Seramai 31 orang pelajar dan 4 guru pengiring telah menyertai program ini yang bertujuan membeli pendedahan kepada memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti khidmat masyarakat dan kepentingan ekosistem paya bakau. .cbp-l-project-desc-title{ display : none; }
Halaman 6 dari 8
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Rabu, 20 November 2019