Arkib

KEM RINTIS ANAK HARAPAN LANGKAWI 2019
10 Nov

KEM RINTIS ANAK HARAPAN LANGKAWI 2019

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi dengan jayanya telah menganjurkan Kem Rintis Anak Harapan Langkawi pada 3 hingga 5 November 2019 bertempat di Rasa Senang Villa, Pantai Chenang Langkawi yang melibatkan 120 orang peserta daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Kepulauan Tuba. Program ini merupakan salah satu initiatif yang telah dirangka di bawah Program RINTIS 2019 di mana Pulau Langkawi telah dipilih sebagai ‘Pilot Project’ bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah, bahan dan pelencongan sosial secara holistik oleh AADK Malaysia. Penganjuran program ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran…
PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019
07 Nov

PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019

PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019: SELF TRANSFORMATION FOR EXCELLENCE PROGRAMME Program Team Building LADA Tahun 2019: Self Transformation for Excellence Programme telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 – 30 Ogos 2019 bertempat di Seri Ternas Lake Resort, Tasik Beris, Sik Kedah. Program selama empat (4) hari ini adalah selaras dengan Pelan Operasi Latihan Tahun 2019 dan telah disertai seramai 40 orang peserta Kumpulan Pelaksana terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan di LADA. Program ini melibatkan elemen indoor dan outdoor di mana ianya dapat melahirkan kakitangan yang berkreativiti dan berdaya saing dalam menyelesaikan sesuatu isu dan permasalahan. Selain itu, ia turut…
KURSUS PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT
07 Nov

KURSUS PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

Kursus Pengurusan Dokumen Terperingkat telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 - 26 September 2019 bertempat di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi. Perancangan pelaksanaan kursus ini adalah selaras dengan Pelan Operasi Latihan Tahunan LADA 2019 yang merupakan anjuran Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, LADA. Seramai 28 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 11 orang pegawai dan 17 orang kakitangan LADA daripada Jawatankuasa Keselamatan Berjadual (JKB) serta pegawai dan kakitangan yang dibenarkan mengurus dan mengendalikan dokumen rahsia rasmi, serta Pendaftar Rahsia Jabatan. Sementalahan, objektif penganjuran kursus ini adalah untuk: i. memberi pendedahan kepada peserta mengenai…
LANGKAWI MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2019
07 Nov

LANGKAWI MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2019

Langkawi Mountain Bike Challenge 2019 (MTB) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 November 2019 yang lalu di sekitar kepulauan Langkawi. Acara sukan ekstrem ini dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia (YGM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan telah dirasmikan oleh YB. Juhari Bin Bulat, ADUN Ayer Hangat, Langkawi. Jumlah Penyertaan yang telah diterima bagi acara sukan ekstrem ini adalah sangat menggalakkan. Sebanyak 666 orang peserta dari dalam negara, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei telah menyertai acara tersebut dan jumlah ini juga turut merangkumi penyertaan dari 38 buah kelab basikal. Kategori yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut : (i) Lelaki Junior…
Program Wacana Fikrah
29 Okt

Program Wacana Fikrah

Program Wacana Fikrah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H bertajuk "Pekerja Bermotivasi, Lonjak Produktiviti" oleh YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias Al Hafiz Semoga Warga LADA memperoleh manfaat daripadanya. Sedikit cebisan amanat daripada DUKE adalah mengenai Silaturrahim, "Sesungguhnya orang yang memutuskan silaturrahim itu adalah daripada golongan yang tidak akan mencium bau syurga". Bersama-samalah kita memotivasikan diri dalam menjaga perhubungan silaturrahim sesama kita agar tidak tergolong dikalangan orang yang tidak akan mencium bau syurga. 23/10/2019 Dewan Besar LADA
IRONMAN 2019
28 Okt

IRONMAN 2019

Hari ini, 26 Oktober 2019, berlangsungnya acara Ironman Malaysia Langkawi 2019. Acara ini merupakan acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang dijayakan melalui kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama World Endurance Malaysia Sdn Bhd dan Ironman Asia Pacific. Pada tahun ini, seramai 2560 atlit yang diwakili daripada 8 negara telah terlibat dalam merebut kemenangan sukan berprestij ini. Mengimbas detik-detik bersemangat pada hari ini, yang mana para atlit seawal jam 745 pagi (Ironman Malaysia Pro Race) telah memulakan kejohanan ini dengan acara renang sejauh 3.8KM, diikuti acara berbasikal sepanjang 180KM dan diakhiri dengan larian marathon 42.2 KM. Sesi penyampaian hadiah telah…
LANGKAWI DEEPAVALI 2019
28 Okt

LANGKAWI DEEPAVALI 2019

Pertubuhan Pendidikan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum India Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat Parlimen Langkawi telah menganjurkan Sambutan Perayaan Hari Deepavali Langkawi 2019 pada 24 Oktober 2019 (Khamis) jam 7.30 malam bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Sungai Raya, Langkawi. Program ini merupakan salah satu acara yang telah dirancang dalam Kalendar Acara Komuniti LADA 2019. Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sempena majlis ini iaitu pertandingan Seni Kolam, persembahan kebudayaan dari pelbagai peringkat umur selain jamuan/kenduri. Seramai 1,000 orang tetamu dan jemputan telah menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut. Penganjuran program ini bermatlamat untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat…
MAJLIS PENYERAHAN BUKU SEMPENA 'BOOKS FOR ASIA'
23 Okt

MAJLIS PENYERAHAN BUKU SEMPENA 'BOOKS FOR ASIA'

Lembaga Pembangunan Langkawi bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku Sempena Program 'Books For Asia' kepada semua 22 buah sekolah rendah seluruh Langkawi pada 21 Oktober 2019 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Penyerahan buku sebanyak 1,100 naskah buku telah disampaikan oleh En Herizal Hazri (Country Representative, The Asia Foundation) kepada semua Guru Besar sekolah yang terlibat. The Asia Foundation merupakan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bertapak di 18 buah negara – negara Asia. Salah satu daripada inisiatif yang dijalankan oleh organisasi ini adalah program “Books for Asia” di mana organisasi akan menyumbang buku – buku…
Halaman 1 dari 7
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Jumaat, 15 November 2019