Sistem
B4Teen

Sistem B4Teen adalah sistem semakan kedudukan invois yang dikemukakan oleh pihak pelanggan LADA untuk tujuan pembayaran.

MENGAPA DINAMAKAN B4TEEN?

Maksud sebenar B4Teen adalah ‘Bill Fourteen’ atau bil 14 hari yang berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan 7/2006 (SPP 7/2006) bertarikh 31 Oktober 2006 yang telah meminda Arahan Perbendaharaan 103 (AP 103) bagi mempercepatkan tempoh pembayaran dari 30 hari kepada 14 hari.

MUAT TURUN FAIL Q&A

Q&A B4TEEN

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNAAN

MANUAL B4TEEN

Sistem
SISPAA

Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcara oleh teknologi terkini.

SISPAA merupakan kesinambungan daripada Sistem Integrated Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) pada penghujung tahun 2007 dan mula digunapakai oleh beberapa Agensi Kerajaan sejak tahun 2009. Setelah mendapat respon yang positif daripada Agensi Kerajaan yang menggunapakai Sistem iSPAAA dan permintaan terhadap Sistem iSPAAA oleh Agensi-Agensi Kerajaan telah bertambah, BPA telah berkolaborasi bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan MAMPU untuk menambahbaik Sistem iSPAAA dan dijenamakan semula sebagai SPAB serta diperluaskan penggunaannya kepada Meja Bantuan Teknikal selain daripada Pengurusan Aduan.

SISPAA dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian Maklum Balas kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya terdapat capaian internet.

Capaian Sistem SISPAA

Boleh dicapai pada Ferbruari 2020