Archived

LASER SHOW MURAL 3D MAPPING OF HUMAN CIVILIZATION EGYPT MALAYSIA HISTORY BOOKS OF RECORD
13 Feb

LASER SHOW MURAL 3D MAPPING OF HUMAN CIVILIZATION EGYPT MALAYSIA HISTORY BOOKS OF RECORD

 This Content Available in Malay  Langkawi 10 Feb. – Dua rekod baru dicipta oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd apabila produk baru mereka diiktiraf oleh pihak Malaysia Books of Record sebagai ‘Tayangan Pemetaan Dalam Dewan Besar’ dan ‘Lukisan Mural 3D Paling Besar’ di Malaysia.

Sijil pengiktirafan diserahkan oleh wakil MBOR, Nurasyikin Ramli kepada Dato’ Haji Azizian Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif LADA pada Majlis Penjenamaan Semula Muzium 3D Langkawi di perkarangan Oriental Village, Langkawi.

Tayangan laser yang unik itu akan memberi pengalaman baru kepada pengunjung seolah-olah mereka berada pada zaman Tamadun Mesir dan Air Terjun Niagara. “Usaha ini bertujuan untuk memberi variasi produk untuk menarik kedatangan pelancong secara berulang, sekali gus meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau ini.” kata Dato’ Haji Azizian ketika ditemui selepas majlis berlangsung.

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde