Archived

KDL
06 Sep
KDL

DIGITAL LANGKAWI - RM200 MILLION WERE PROVIDED FOR UPGRADING THE INTERNET FACILITY IN LANGKAWI

 LANGKAWI 19 Ogos -   Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancar Digital Langkawi dalam usaha menambahbaik kemudahan berteknologi tinggi di pusat pelancongan terkemuka negara itu bagi kemudahan rakyat dan pelancong.

TMajlis pelancaran itu berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini sempena Karnival Digital Langkawi berlangsung dua hari bermula hari ini.

Inisiatif yang dibangunkan dengan peruntukan kerajaan lebih RM200 juta ini membolehkan Langkawi menerima penaiktarafan dua kabel dasar laut.

Ia turut melibatkan pembinaan 10 menara telekomunikasi baharu dan perhubungan 47 menara telekomunikasi melalui Kabel gentian fiber sepanjang 152 kilometer di seluruh Langkawi.

Menerusi inisiatif ini, kelajuan dan liputan selain penyediaan liputan rangkaian 4G LTE ditingkatkan di Langkawi yang mempunyai kemudahan 99% liputan 2G, 95% liputan 3G.

Turut dilancarkan Perdana Menteri, inisiatif terbaharu yang diperkenalkan di Langkawi, ‘Cashless @ School’.

Ia merupakan projek rintis oleh Payment Networks (PayNet) iaitu satu sistem pembayaran tanpa wang tunai di lapan sekolah di Langkawi ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dato’ Haji Azizan Nordin.

Source :Utusan Online

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde