Archived

Majlis Pelancaran 100 Go Digital
03 Oct

Majlis Pelancaran 100 Go Digital

100 Go Digital merupakan sebuah inisiatif anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Langkawi Development Authority (LADA) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) untuk membantu dan membolehkan perniagaan-perniagaan tempatan mengunapakai digital dalam meningkatkan kualiti keusahawanan. Program ini dilaksanakan pada 3 Oktober 2019 (Khamis), bermula jam 8:30 pagi - 1:30 tengah hari bertempat di Hotel Aloft Langkawi. Seramai 100 orang usahawan tempatan terlibat di dalam program ini. Objektif program ini adalah bagi membolehkan peniaga-peniaga tempatan untuk memanfaatkan digital sepenuhnya dengan menangani cabaran perniagaan dan menggunapakai penyelesaian digital bagi mendapatkan faedah-faedah perniagaan.

Program ini dilihat dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan untuk terus meningkatkan tahap kemahiran dan peluang dalam digital, peluang untuk mengakses pasaran baru, potensi untuk mengurangkan kos operasi dan promosi percuma untuk perniagaan.

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde