Archived

Kursus Regional UNESCO Global Geopark 2019
07 Oct

Kursus Regional UNESCO Global Geopark 2019

Kursus Regional UNESCO Global Geopark 2019 yang berlangsung selama 5 hari dari 7 hingga 11 Oktober di Ombak Villa adalah bertujuan untuk meningkatkan perhubungan sesama ahli GGN / APGN di samping berkongsi idea & pengalaman, cabaran dan amalan terbaik untuk pengurusan Geopark yang mampan.

Mereka turut juga berpeluang mempromosikan pemahaman yang lebih baik mengenai konsep rangkaian GGN / APGN di rantau ini.

Dianggarkan seramai 40 peserta dari pelbagai negara telah menghadiri kursus ini meliputi dari Uzbekistan, Khazkhstan, Jepun, Indonesia dan Malaysia.

Penyampaian kursus adalah secara kuliah oleh Pakar Geopark Global UNESCO, sesi berkongsi pengalaman dan perbincangan serta persembahan. Di akhir sesi, kajian lapangan diatur ke Kilim Karst Geoforest Park dan Machinchang Cambrian Geoforest Park di mana para peserta akan dapat melawat dan mengkaji pembangunan Geopark Global UNESCO Langkawi.

Sehingga 2019, terdapat 147 ahli UNESCO Global Geoparks di 41 buah negara. Manakala sebanyak 60 ahli APGN dari 9 buah negara. Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) merupakan pusat rujukan utama Geopark bagi kawasan Asia Pasifik

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde
  • NEWSLETTER SUBSCRIPTION
  • Facebook Twitter Mobile App
  • LAST UPDATED:
    Wednesday, 20 November 2019