Archived

PENGANJURAN PERTANDINGAN INOVASI JET KAWALAN JAUH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PROGRAM SAINS BERSAMA KOMUNITI
08 Oct

PENGANJURAN PERTANDINGAN INOVASI JET KAWALAN JAUH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PROGRAM SAINS BERSAMA KOMUNITI

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Jet Kawalan Jauh Peringkat Kebangsaan (RC Jet) dan Program Sains Bersama Komuniti pada 7 dan 8 Oktober 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Padang B, Kompleks Sukan Langkawi.

Program RC Jet ini telah dirasmikan oleh YB Encik Ooi Tze Min (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal masyarakat Cina dan Siam, Perubahan Iklim & Alam Sekitar dan Sain & Teknologi, Merangkap Adun Bakar Arang). Program ini disertai oleh 33 pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dari seluruh negara. Manakala, bagi Program Sains Bersama Komuniti pula akan melibatkan komuniti di Langkawi secara percuma dengan menawarkan pameran dan aktiviti sains interaktif dan pertunjukkan pesawat udara kawalan jauh. Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan dan memupuk minat masyarakat khususnya pelajar serta komuniti di Langkawi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde