Archived

PENILAIAN KALI KE-3 LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK
08 Oct

PENILAIAN KALI KE-3 LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK

Bermula dari 7hb hingga 11hb Ogos 2019, Langkawi Geopark telah menerima 2 orang tetamu khas iaitu Dr Kirstin Lemon dari Ireland dan Mr Sigurður Sigursveinsson dari Iceland. Kunjungan mereka berdua kali ini adalah lanjutan dari misi empat tahun sekali, Penilaian semula Langkawi Geopark atau 'Revalidation'. Pengiktirafan ini adalah amat penting dikekalkan bagi memastikan Langkawi terus dikenali dan dikunjungi sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan yang bersih dan indah di antara 10 pulau eko-pelancongan terbaik dunia.

Penilai ini telah dibawa melawat beberapa kawasan Di Langkawi bagi melihat sejauh mana pentadbir, komuniti, pelancong, pengusaha, pemain industri, NGO dan sebagainya benar-benar memahami, menghayati dan membudayakan konsep Geopark dalam kehidupan seharian mereka.

Di antara tempat-tempat tersebut termasuklah Kilim Geoforest Park, Langkawi Cable Car Geotrail, Pusat Penyelidikan Langkawi, Kompleks Kraf, Restoran Nasi Dagang Pak Malau, Kilang Simen dan Sekolah Kebangsaan Temonyong. Sebagai makluman, Langkawi Geopark adalah merupakan ahli UNESCO GLOBAL Geopark yang ke-52 dunia dari 147 Geopark dunia. Langkawi UNESCO Global Geopark menjadi pusat rujukan dan berkongsi pengetahuan tentang tadbir urus dan pengurusan Geopark bersama Geopark-Geopark lain di dunia kerana kepelbagaian aset alam semulajadinya yang unik.

Bersempena dengan Penilaian Semula Status Geopark ini, Langkawi UNESCO Global Geopark juga telah melancarkan laman web rasminya yang telah dinaiktaraf. Kini, laman web ini mempunyai paparan terkini dengan beberapa fungsi yang telah ditambahbaik dan mempunyai sokongan untuk pelbagai peranti seperti komputer, tablet, serta telefon bimbit. Selain paparan antaramuka yang telah ditambahbaik, informasi berkaitan Geopark juga telah dikemaskini. Maklumat yang padat serta tepat ini amat penting bagi memastikan laman web ini adalah terbaik.

Selain daripada itu, sebuah gondola khas “Obit” Langkawi Skycab direka khas untuk dinaiki oleh para penilai sewaktu membuat lawatan di Machincang Cambrian Geoforest Park. Sebuah kenderaan rasmi LADA juga telah dilekatkan iklan promosi Langkawi Geopark bagi mempromosikan LUGGP dan misi Penilaian Semula Status ini kepada komuniti setempat dan para pelancong.

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde