Archived

KARNIVAL ASYURA LANGKAWI 2019 & FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
08 Oct

KARNIVAL ASYURA LANGKAWI 2019 & FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Karnival Asyura Langkawi telah diadakan pada 19 Sept 2019 (Khamis) bertempat di Kompleks Sukan Langkawi. Program ini disambut baik oleh komuniti setempat yang mana pihak penganjur telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan iaitu sebanyak 80 penyertaan yang terdiri daripada kumpulan pertubuhan komuniti/ cawangan masjid & surau/sekolah/kolej/persatuan/Jabatan Kerajaan & swasta/hotel & motel.

Program ini dibahagikan kepada dua sesi dengan penglibatan keseluruhan seramai 400 orang. Program turut menawarkan hadiah menarik kepada pemenang mengikut kategori dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Pada tarikh yang sama turut berlangsung majlis ilmu Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Langkawi. Majlis ilmu ini menampilkan tiga orang ilmuan dan pendakwah yang tersohor iaitu YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Izhar Bin Mohd Kasim, YBhg. Dr. Sheikh Hazizan Bin Mat Isa dan YBhg. Ustaz Mohammad Asyraf.

Forum Perdana tersebut turut diserikan dengan penampilan YBhg. Ustaz Nabil Bin Ahmad selaku moderator bagi kupasan topik Citra Anak Malaysia dan Dunia Hanya Pinjaman.

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde
  • NEWSLETTER SUBSCRIPTION
  • Facebook Twitter Mobile App
  • LAST UPDATED:
    Wednesday, 20 November 2019