Archived

MAJLIS PENYERAHAN BUKU SEMPENA 'BOOKS FOR ASIA'
23 Oct

MAJLIS PENYERAHAN BUKU SEMPENA 'BOOKS FOR ASIA'

Lembaga Pembangunan Langkawi bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku Sempena Program 'Books For Asia' kepada semua 22 buah sekolah rendah seluruh Langkawi pada 21 Oktober 2019 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Penyerahan buku sebanyak 1,100 naskah buku telah disampaikan oleh En Herizal Hazri (Country Representative, The Asia Foundation) kepada semua Guru Besar sekolah yang terlibat.

The Asia Foundation merupakan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bertapak di 18 buah negara – negara Asia. Salah satu daripada inisiatif yang dijalankan oleh organisasi ini adalah program “Books for Asia” di mana organisasi akan menyumbang buku – buku di dalam versi Bahasa Inggeris kepada pihak sekolah untuk dimanfaatkan oleh pelajar.

Selain itu, Dr Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA berpeluang mengadakan sesi 'engagement' bersama Guru Besar dan Pengerusi PIBG sekolah-sekolah rendah di Pulau Langkawi bagi bertukar-tukar pandangan serta berkongsi hala tuju berkaitan pendidikan di Pulau Langkawi.

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde