Archived

LANGKAWI DEEPAVALI 2019
28 Oct

LANGKAWI DEEPAVALI 2019

Pertubuhan Pendidikan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum India Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat Parlimen Langkawi telah menganjurkan Sambutan Perayaan Hari Deepavali Langkawi 2019 pada 24 Oktober 2019 (Khamis) jam 7.30 malam bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Sungai Raya, Langkawi. Program ini merupakan salah satu acara yang telah dirancang dalam Kalendar Acara Komuniti LADA 2019.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sempena majlis ini iaitu pertandingan Seni Kolam, persembahan kebudayaan dari pelbagai peringkat umur selain jamuan/kenduri. Seramai 1,000 orang tetamu dan jemputan telah menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut.

Penganjuran program ini bermatlamat untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat India dengan masyarakat berbilang kaum di Langkawi serta meraikan masyarakat India di Langkawi yang menyambut Perayaan Hari Deepavali pada setiap tahun. Selain itu juga, budaya masyarakat India juga dapat dipertontonkan serta dipelihara disamping menjadikannya sebahagian daripada elemen tarikan kepada pelancong. Kemeriahan majlis ini turut berjaya menarik perhatian pelancongan dalam menghayati dan menikmati kepelbagaian budaya dan adat resam Malaysia yang terkenal dengan perpaduan kaum. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Juhari Bin Bulat, Adun Ayer Hangat.

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde