Archived

LANGKAWI MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2019
07 Nov

LANGKAWI MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2019

Langkawi Mountain Bike Challenge 2019 (MTB) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 November 2019 yang lalu di sekitar kepulauan Langkawi. Acara sukan ekstrem ini dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia (YGM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan telah dirasmikan oleh YB. Juhari Bin Bulat, ADUN Ayer Hangat, Langkawi. Jumlah Penyertaan yang telah diterima bagi acara sukan ekstrem ini adalah sangat menggalakkan. Sebanyak 666 orang peserta dari dalam negara, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei telah menyertai acara tersebut dan jumlah ini juga turut merangkumi penyertaan dari 38 buah kelab basikal.

Kategori yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut :
(i) Lelaki Junior (17 tahun dan kebawah)
(ii) Lelaki terbuka (18 – 34 tahun)
(iii) Lelaki senior (35-45 tahun)
(iv) Lelaki veteran (46 tahun dan keatas)
(v) Wanita terbuka (18 tahun dan keatas)
(vi) Fatbike open (18 tahun dan keatas)
(vii) Heavy weight (more than 90kg)
(viii) Funride ( Open)

Objektif utama pihak penganjur menganjurkan acara sukan ekstrem ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan membudayakan masyarakat bersukan sambal memajukan industri pelancongan domestik di Pulau Langkawi. Selain daripada itu, Mountain Bike Challenge (MTB) 2019 juga akan direkodkan sebagai himpunan terbesar pertandingan ‘Mountain Bike’ di Malaysia di dalam ‘The Malaysia Book of Records’. Ianya juga dapat membantu memperkenalkan Langkawi sebagai ‘bicycle hub’ serta lokasi penganjuran eko-pelancongan.

DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde