Archived

Kunjungan hormat serta perkongsian maklumat dari Uganda Tourism Board ke LADA
20 Nov

Kunjungan hormat serta perkongsian maklumat dari Uganda Tourism Board ke LADA

Kunjungan hormat serta perkongsian maklumat dari Uganda Tourism Board ke LADA sempena Lawatan mempromosikan Uganda dalam industri Pelancongan & Pelaburan. Delegasi diketuai oleh Mr Peter Kwitonda wakil kedutaan Uganda di Malaysia Taklimat berkenaan Langkawi disampaikan En Azmil Munif, Pengurus Bahagian Pelancongan. @ LADA (Langkawi Development Authority)
MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH ‘GEOPARK JUNIOR GUIDE (GpJG) 2019
20 Nov

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH ‘GEOPARK JUNIOR GUIDE (GpJG) 2019

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Pertandingan Geopark Junior Guide (GpJG) 2019. Objektif program ini adalah untuk mengasah bakat pelajar - pelajar Langkawi bagi mendalami ilmu Geopark dan seterusnya menghargai kelebihan Pulau Lagenda ini. Selain itu juga, matlamat penganjuran program ini adalah bagi memupuk sifat 'sense of belonging' pelajar yang merupakan komuniti Langkawi untuk terus mencintai khazanah alam semulajadi dan seterusnya menjaga Langkawi Geopark untuk terus unggul di mata dunia. Pada tahun ini, seramai 70 pelajar yang terdiri daripada 40 orang pelajar mewakili 10 buah sekolah rendah, 30 orang pelajar mewakili 6 buah sekolah menengah sekitar kepulauan Langkawi telah menyertai…
KURSUS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI BAGI ANGGOTA PENGAWAL KESELAMATAN LADA
19 Nov

KURSUS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI BAGI ANGGOTA PENGAWAL KESELAMATAN LADA

Kursus Seni Mempertahankan Diri Bagi Anggota Pengawal Keselamatan LADA telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 & 12 November 2019 bertempat di Dewan Futsal, Kompleks Sukan Langkawi. Perancangan pelaksanaan kursus ini adalah selaras dengan Pelan Operasi Latihan Tahunan LADA 2019 yang merupakan anjuran Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, LADA. Kursus ini dilaksanakan sebanyak dua (2) sesi iaitu Sesi Pertama pada 11 November 2019 dan Sesi Kedua pada 12 November 2019. Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih daripada Pusat Latihan Polis Langkawi (PULAPOL) iaitu Sarjan Adenan Bin Mat Daud dan Sarjan Sayuti Bin Karim. Selain itu, seramai…
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2019
19 Nov

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2019

Pejabat Agama Daerah Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) serta agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Langkawi dengan jayanya telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Langkawi pada 11 November 2019 (Isnin) bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dataran Chenang, Langkawi. Penganjuran program ini sebagai usaha murni memberi pendedahan dan memperingati sirah Nabi Muhammad S.A.W, mengambil iktibar daripada pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya serta memberi kesedaran akan kasihnya Rasulullah S.A.W. Melalui program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain di samping memupuk semangat bersatu padu di kalangan umat Islam. Antara pengisian penganjuran program…
KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2019
19 Nov

KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2019

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan Kempen Keselamatan Aktiviti di Air Peringkat Negeri Kedah Tahun 2019 bertempat di Dataran Chenang, Langkawi, Kedah pada 10 November 2019 yang lalu bermula jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Perasmian program tersebut telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sewaktu program tersebut berlangsung antaranya ialah Pameran Kebombaan dan Agensi Luar seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan alam Sekitar (JAS), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp),…
KEM RINTIS ANAK HARAPAN LANGKAWI 2019
10 Nov

KEM RINTIS ANAK HARAPAN LANGKAWI 2019

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi dengan jayanya telah menganjurkan Kem Rintis Anak Harapan Langkawi pada 3 hingga 5 November 2019 bertempat di Rasa Senang Villa, Pantai Chenang Langkawi yang melibatkan 120 orang peserta daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Kepulauan Tuba. Program ini merupakan salah satu initiatif yang telah dirangka di bawah Program RINTIS 2019 di mana Pulau Langkawi telah dipilih sebagai ‘Pilot Project’ bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah, bahan dan pelencongan sosial secara holistik oleh AADK Malaysia. Penganjuran program ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran…
PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019
07 Nov

PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019

PROGRAM TEAM BUILDING LADA TAHUN 2019: SELF TRANSFORMATION FOR EXCELLENCE PROGRAMME Program Team Building LADA Tahun 2019: Self Transformation for Excellence Programme telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 – 30 Ogos 2019 bertempat di Seri Ternas Lake Resort, Tasik Beris, Sik Kedah. Program selama empat (4) hari ini adalah selaras dengan Pelan Operasi Latihan Tahun 2019 dan telah disertai seramai 40 orang peserta Kumpulan Pelaksana terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan di LADA. Program ini melibatkan elemen indoor dan outdoor di mana ianya dapat melahirkan kakitangan yang berkreativiti dan berdaya saing dalam menyelesaikan sesuatu isu dan permasalahan. Selain itu, ia turut…
KURSUS PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT
07 Nov

KURSUS PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

Kursus Pengurusan Dokumen Terperingkat telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 - 26 September 2019 bertempat di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi. Perancangan pelaksanaan kursus ini adalah selaras dengan Pelan Operasi Latihan Tahunan LADA 2019 yang merupakan anjuran Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, LADA. Seramai 28 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 11 orang pegawai dan 17 orang kakitangan LADA daripada Jawatankuasa Keselamatan Berjadual (JKB) serta pegawai dan kakitangan yang dibenarkan mengurus dan mengendalikan dokumen rahsia rasmi, serta Pendaftar Rahsia Jabatan. Sementalahan, objektif penganjuran kursus ini adalah untuk: i. memberi pendedahan kepada peserta mengenai…
Page 1 of 6
DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde
  • NEWSLETTER SUBSCRIPTION
  • Facebook Twitter Mobile App
  • LAST UPDATED:
    Wednesday, 20 November 2019