Archived

PERARAKAN KERETA BERHIAS SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH
07 Jan

PERARAKAN KERETA BERHIAS SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH

BLembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyertai Perarakan Kereta Berhias sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang telah diadakan pada 18 Disember 2018, jam 8.00 malam bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Perarakan kereta berhias ini merupakan salah satu acara yang dilaksanakan bagi memeriahkan istiadat pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Program ini telah disertai oleh 20 buah agensi kerajaan dan swasta yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Kemeriahan penganjuran acara ini telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dari pelbagai demografi dan latar belakang untuk meraikan majlis perarakan kereta berhias tersebut. MAJLIS…
BENGKEL MYPORTFOLIO LADA
02 Jan

BENGKEL MYPORTFOLIO LADA

Bengkel myPortfolio (MP) LADA telah dirasmikan oleh YBrs. En. Khalid bin Ibrahim, Pengurus BSMKP yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 2-4 Disember 2018 yang bertempat di Bayview Hotel, Georgetown Penang. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri 13 bahagian/unit di LADA. Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh En. Mohd Sahrul Nizam bin Jaafar, Penolong Perunding Latihan (P) 3, Unit Penyampaian Perkhidmatan, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dan dibantu bersama oleh Pn. Yuzlin binti Hashim, Pegawai Tadbir, SUK Melaka. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi panduan myPortfolio, tatacara penyediaan myPortfolio termasuk penyediaan deskripsi tugas , amali dan…
Langkawi Education Fair 2018
17 Jan

Langkawi Education Fair 2018

Langkawi, 13 dan 14 Januari 2018 - Education Fair 2018 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Badminton, Kompleks LADA. Seramai 2050 peserta telah menghadiri acara ini yang juga telah dirasmikan oleh YB Nor Saidi Bin Nanyan ADUN Kuah Antara pengisian yang telah dijalankan ialah Pameran IPT, Cabutan Bertuah, Taklimat IPTA/IPTS/Institut Kemahiran, Taklimat Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Pemeriksaan Kesihatan & Derma darah, Demonstrasi make up & Inai, Jualan makanan, Pengenalan Program Rakan Strategik LADA, Ceramah dari Persatuan mahasiswa Langkawi dan Fruit carving, towel folding, napkin folding, mocktail, DIY craft.
DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde
  • NEWSLETTER SUBSCRIPTION
  • Facebook Twitter Mobile App
  • LAST UPDATED:
    Wednesday, 20 November 2019