Archived

LANGKAWI MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2019
07 Nov

LANGKAWI MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2019

Langkawi Mountain Bike Challenge 2019 (MTB) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 November 2019 yang lalu di sekitar kepulauan Langkawi. Acara sukan ekstrem ini dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia (YGM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan telah dirasmikan oleh YB. Juhari Bin Bulat, ADUN Ayer Hangat, Langkawi. Jumlah Penyertaan yang telah diterima bagi acara sukan ekstrem ini adalah sangat menggalakkan. Sebanyak 666 orang peserta dari dalam negara, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei telah menyertai acara tersebut dan jumlah ini juga turut merangkumi penyertaan dari 38 buah kelab basikal. Kategori yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut : (i) Lelaki Junior…
Program Wacana Fikrah
29 Oct

Program Wacana Fikrah

Program Wacana Fikrah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H bertajuk "Pekerja Bermotivasi, Lonjak Produktiviti" oleh YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias Al Hafiz Semoga Warga LADA memperoleh manfaat daripadanya. Sedikit cebisan amanat daripada DUKE adalah mengenai Silaturrahim, "Sesungguhnya orang yang memutuskan silaturrahim itu adalah daripada golongan yang tidak akan mencium bau syurga". Bersama-samalah kita memotivasikan diri dalam menjaga perhubungan silaturrahim sesama kita agar tidak tergolong dikalangan orang yang tidak akan mencium bau syurga. 23/10/2019 Dewan Besar LADA
IRONMAN 2019
28 Oct

IRONMAN 2019

Hari ini, 26 Oktober 2019, berlangsungnya acara Ironman Malaysia Langkawi 2019. Acara ini merupakan acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang dijayakan melalui kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama World Endurance Malaysia Sdn Bhd dan Ironman Asia Pacific. Pada tahun ini, seramai 2560 atlit yang diwakili daripada 8 negara telah terlibat dalam merebut kemenangan sukan berprestij ini. Mengimbas detik-detik bersemangat pada hari ini, yang mana para atlit seawal jam 745 pagi (Ironman Malaysia Pro Race) telah memulakan kejohanan ini dengan acara renang sejauh 3.8KM, diikuti acara berbasikal sepanjang 180KM dan diakhiri dengan larian marathon 42.2 KM. Sesi penyampaian hadiah telah…
LANGKAWI DEEPAVALI 2019
28 Oct

LANGKAWI DEEPAVALI 2019

Pertubuhan Pendidikan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum India Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat Parlimen Langkawi telah menganjurkan Sambutan Perayaan Hari Deepavali Langkawi 2019 pada 24 Oktober 2019 (Khamis) jam 7.30 malam bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Sungai Raya, Langkawi. Program ini merupakan salah satu acara yang telah dirancang dalam Kalendar Acara Komuniti LADA 2019. Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sempena majlis ini iaitu pertandingan Seni Kolam, persembahan kebudayaan dari pelbagai peringkat umur selain jamuan/kenduri. Seramai 1,000 orang tetamu dan jemputan telah menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut. Penganjuran program ini bermatlamat untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat…
MAJLIS PENYERAHAN BUKU SEMPENA 'BOOKS FOR ASIA'
23 Oct

MAJLIS PENYERAHAN BUKU SEMPENA 'BOOKS FOR ASIA'

Lembaga Pembangunan Langkawi bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku Sempena Program 'Books For Asia' kepada semua 22 buah sekolah rendah seluruh Langkawi pada 21 Oktober 2019 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Penyerahan buku sebanyak 1,100 naskah buku telah disampaikan oleh En Herizal Hazri (Country Representative, The Asia Foundation) kepada semua Guru Besar sekolah yang terlibat. The Asia Foundation merupakan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bertapak di 18 buah negara – negara Asia. Salah satu daripada inisiatif yang dijalankan oleh organisasi ini adalah program “Books for Asia” di mana organisasi akan menyumbang buku – buku…
‘RETREAT’ LADA BERSAMA MEDIA @ JERAI 2019
21 Oct

‘RETREAT’ LADA BERSAMA MEDIA @ JERAI 2019

Unit Khidmat Korporat (UKK) telah menganjurkan program ‘Retreat’ LADA Bersama Media @ Jerai 2019 pada 17 hingga 19 Oktober 2019 yang lalu bertempat di The Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah. Program ini melibatkan wakil-wakil Media dari Langkawi dan Media kawasan utara Semenanjung Malaysia sebagai peserta program iaitu wakil dari Radio Malaysia Langkawi fm, Media Awani News, Virgin Communications, The Sun dan Berita Harian/Harian Metro. Lokasi The Jerai Hill Resort dipilih agar dapat memberi pendedahan kepada pihak media tentang tarikan pelancongan yang terdapat di negeri Kedah dari aspek yang berbeza dengan tarikan pelancongan yang terdapat di Langkawi agar pihak media dapat…
MAJLIS SAMBUTAN DAN PELANCARAN PENERBANGAN SULUNG DARI DOHA KE LANGKAWI OLEH QATAR AIRWAYS
17 Oct

MAJLIS SAMBUTAN DAN PELANCARAN PENERBANGAN SULUNG DARI DOHA KE LANGKAWI OLEH QATAR AIRWAYS

Kolaborasi strategik antara LADA, Qatar Airways, MAHB telah berjaya mencipta sejarah dengan membawa masuk penerbangan terus dari Doha ke Langkawi. 16 Oktober 2019 (Rabu), berlangsungnya Majlis Sambutan Dan Pelancaran Penerbangan Sulung dari Doha ke Pulau Langkawi. Melalui penerbangan ini, seramai 239 orang penumpang dibawa masuk yang mana majlis pelancaran secara rasminya telah disempurnakan melalui sesi 'ribbon cutting', oleh Qatar Airways Group CEO, Akhbar Al Baker. Majlis turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr. Hezri Adnan serta tetamu kehormat lain. Majlis diserikan dengan sambutan 'water canon' , mini bazaar tradisional serta perkenalan kepada produk lokal yg dikenali sebagai 'geo product'.…
LAWATAN RASMI OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD KE LADA
13 Oct

LAWATAN RASMI OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD KE LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima lawatan rasmi daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Oktober 2019. Di dalam sesi lawatan ini, penerangan berkaitan Pembangunan Langkawi telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di dalam sesi yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut dimaklumkan berkaitan pencapaian LADA dalam merealisasi konsep pembangunan lestari di Langkawi yang diperkenalkan melalui pengiktirafan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark.
Page 2 of 7
DISCLAIMER
The Government of Malaysia and the Langkawi Development Authority is not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. QR Cde
  • NEWSLETTER SUBSCRIPTION
  • Facebook Twitter Mobile App
  • LAST UPDATED:
    Wednesday, 20 November 2019