{"id":18877,"date":"2022-03-19T10:01:53","date_gmt":"2022-03-19T02:01:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.lada.gov.my\/?p=18877"},"modified":"2023-06-19T10:54:47","modified_gmt":"2023-06-19T02:54:47","slug":"program-hello-environment","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/program-hello-environment\/","title":{"rendered":"PROGRAM HELLO ENVIRONMENT"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"--awb-border-radius-top-left:0px;--awb-border-radius-top-right:0px;--awb-border-radius-bottom-right:0px;--awb-border-radius-bottom-left:0px;--awb-flex-wrap:wrap;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-one-full fusion-column-first fusion-column-last\" style=\"--awb-bg-size:cover;--awb-margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-column-wrapper-legacy\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\" style=\"--awb-text-transform:none;\"><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-11715 aligncenter\" src=\"\/wp-content\/uploads\/2023\/02\/TU6.png\" alt=\"\" width=\"500\" height=\"400\" \/><\/p>\n<p>Tarikh\t:\t19 Mac 2022 (Sabtu)<br \/>\nMasa\t:\t7. 30 pagi<br \/>\nTempat\t:\tDataran Pantai Chenang,  Langkawi  <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">KATA ALUAN<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terima kasih saudara \/ saudari pengerusi majlis,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bismillahirrahmanirrahim.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Assalamu\u2019alaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menghadap Yang Teramat Mulia Dato\u2019 Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Al Marhum Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (Tunku Temenggong Kedah) <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ampun Tuanku&#8230;beribu ampun, <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sembah patik mohon diampun,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan penuh hormat dan takzimnya patik memohon limpah ampun perkenan  Yang Teramat Mulia Tunku untuk patik memulakan aturcara Majlis Hello Environment pada pagi ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PENDAHULUAN<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ampun Tunku,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1.\tTerlebih dahulu patik bagi pihak majlis merafakkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT serta menzahirkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah untuk bersama-sama di majlis ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Hello Environment pada pagi yang berbahagia ini. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">2.\tPastinya majlis pada pagi ini lebih bermakna dengan perkenan Yang Teramat Mulia Tunku untuk bersama-sama di majlis ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menjunjung kasih Tunku,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ampun Tunku, <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3.\tPatik pohon limpah perkenan Yang Teramat Mulia Tunku untuk patik meneruskan aturcara majlis sambil mengalu-alukan kehadiran dif-dif kenamaan di majlis pada pagi ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ampun Tunku,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Salutasi (akan dikemaskini) <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4.\tMajlis juga turut mengalu-alukan <\/p>\n<p>i.\tYang Berbahagia Dato\u2019 Abdul Gafar bin Yahya <\/p>\n<p>Pegawai Daerah Langkawi <\/p>\n<p>ii.\tYang Berhormat Dato\u2019 Haji Juhari bin Bulat<\/p>\n<p>Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman <\/p>\n<p>Merangkap ADUN Ayer Hangat Langkawi<\/p>\n<p>iii.\tYang Berusaha Encik Zaki Abdul Aziz Daud<br \/>\nKetua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn. Bhd.<\/p>\n<p>iv.\tKetua-ketua Jabatan di Langkawi <\/p>\n<p>v.\tRakan-rakan media dan seterusnya para peserta program <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PROGRAM HELLO ENVIRONMENT <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hadirin sekalian, <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">5.\tPulau Langkawi telah diisytihar sebagai ahli Global Geoparks Network (GGN) ke-52 yang disokong oleh UNESCO pada 1 Jun 2007. Pengisytiharan ini adalah berasaskan kehadiran beberapa tapak geowarisan dan landskap geologi berkepentingan kebangsaan dan rantau ini. Kejayaan pulau ini mengekalkan status Global Geopark dengan mendapat \u2018kad hijau\u2019 bagi penilaian semula status Global Geopark pada beberapa tahun lalu telah memberikan Langkawi satu lonjatan yang besar sebagai salah satu destinasi eko pelancongan terbaik dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">6.\tJumlah pelancong ke pulau ini meningkat sebanyak 27% pada tahun 2008 menjadikan jumlah ketibaan pelancong pada tahun tersebut sebanyak 2.3 juta orang berbanding tahun sebelumnya 1.81 juta orang. Jelas status Langkawi sebagai geopark ke-52 memberi impak positif terhadap industri pelancongan di Langkawi. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">7.\tKonsep pengurusan sesebuah geopark adalah untuk melahirkan komuniti manusia yang berpengetahuan tentang warisan sosiobudaya tempatan; menghayati kepentingan melindungi dan memulihara kedua-dua warisan tersebut. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">8.\tJusteru, melalui konsep ini LADA berusaha untuk mempelbagaikan pendekatan untuk menerapkan sifat sayangkan alam sekitar dikalangan penduduk tempatan. Salah satu program termasuklah pelaksanaan Program Konservasi Geopark Menyantuni Alam 2022 atau lebih dikenali sebagai Hello Environment. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">9.\tProgram Hello Environment ini mempunyai tiga (3) program utama yang bakal dilaksanakan pada tahun ini iaitu<\/p>\n<p>i.\tProgram Kayuhan Santai Alam akan diadakan sebanyak 4 kali setahun;<br \/>\nii.\tProgram GEOCoral\/Marine akan diadakan sebanyak 2 kali setahun; dan<br \/>\niii.\tProgram Ekspedisi Pendakian Gunung akan diadakan sebanyak 4 kali setahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">10.\tProgram ini diharapkan dapat menerapkan nilai murni cintakan alam sekitar dan sekali gus meningkatan kesedaran awam terhadap kepentingan peranan komuniti setempat dalam usaha menjaga khazanah alam yang tidak ternilai di Langkawi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">LADA PEMANGKIN SEKTOR PELANCONGAN DI LANGKAWI<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hadirin sekalian, <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">11.\tPada 15 Mac 2022 yang lepas, genap 32 tahun LADA menabur bakti di bumi Langkawi. Sepanjang tempoh tersebut LADA sentiasa teguh bersama Langkawi mengharungi cabaran yang mendatang. Detik mencabar mula menerjah kehidupan masyarakat dalam segala aspek dengan penularan wabak COVID-19. Langkawi turut menerima kesan besar daripada bencana perebakan virus ini sehingga menjejaskan kedatangan pelancong ke Langkawi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">12.\tPelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti memperkenalkan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik dan Antarabangsa Langkawi. Kedatangan pelancong melalui kedua inisiatif  ini sekali gus membantu merancakkan kembali sektor pelancongan. Selaras dengan itu, LADA juga membangunkan Pelan Strategik 2021 \u2013 2025 bagi tempoh lima (5) tahun. Pelan ini menjadi komitmen berterusan LADA untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi mensejahterakan pulau ini. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">13.\tSeperti yang kita semua sedia maklum, sukan berbasikal telah menjadi antara sukan yang paling digemari pelbagai golongan masyarakat tidak kira peringkat umur, malahan di bandar-bandar besar sendiri dapat kita lihat begitu ramai orang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dengan aktiviti berbasikal. Malah saya turut dimaklumkan bahawa Yang Teramat Mulia Tunku sendiri amat mengemari aktiviti ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">14.\tPenganjuran acara pelancongan berbasikal di Langkawi sememangnya tidak asing lagi. Acara-acara utama seperti Ironman Malaysia Langkawi, Le Tour de Langkawi (LTdL), Langkawi International Mountain Bike Challenge (LIMBC), RHB Ride dan Langkawi Legendary Ride. Penganjuran acara berbasikal ini bukan sahaja dapat memberi limpahan ekonomi kepada komuniti Langkawi, malah turut menawarkan gaya hidup sihat dan memberi peluang kepada para pengayuh untuk menikmati keindahan dan kekayaan alam semula jadi pulau ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">15.\tBagi mendukung usaha menjadikan Langkawi sebagai hub berbasikal di Malaysia, LADA telah menerbitkan risalah Langkawi Cycling Trail. Risalah ini akan dijadikan rujukan kepada penggemar aktiviti berbasikal bagi mendapatkan maklumat berkaitan trail dan laluan yang digunakan bersesuaian dengan kemampuan atau jenis basikal yang digunakan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">16.\tLADA berharap, satu hari nanti Langkawi dapat menjana pendapatan pelancongan yang tinggi serta mencipta lebih banyak peluang perniagaan serta pekerjaan kepada penduduk pulau ini melalui Langkawi Cyclotourism.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penutup <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hadirin sekalian, <\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-bottom:40px;width:100%;\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:50px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dotted\" style=\"--awb-height:20px;--awb-amount:20px;border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[155],"tags":[],"class_list":["post-18877","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-speech-text-2022"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18877","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18877"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18877\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20481,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18877\/revisions\/20481"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18877"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18877"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18877"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}