{"id":24314,"date":"2024-02-13T11:41:28","date_gmt":"2024-02-13T03:41:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.lada.gov.my\/?p=24314"},"modified":"2024-02-13T11:41:28","modified_gmt":"2024-02-13T03:41:28","slug":"langkawi-tourism-gathering-2024-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/langkawi-tourism-gathering-2024-2\/","title":{"rendered":"LANGKAWI TOURISM GATHERING 2024"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"--awb-border-radius-top-left:0px;--awb-border-radius-top-right:0px;--awb-border-radius-bottom-right:0px;--awb-border-radius-bottom-left:0px;--awb-flex-wrap:wrap;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-one-full fusion-column-first fusion-column-last\" style=\"--awb-bg-size:cover;--awb-margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-column-wrapper-legacy\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\" style=\"--awb-text-transform:none;\"><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\" wp-image-11715 aligncenter\" src=\"\/wp-content\/uploads\/2019\/10\/Logo.LADA2_.png\" alt=\"\" width=\"200\" height=\"220\" \/><\/p>\n<p>YBHG. DATO\u2019 HASLINA BINTI ABDUL HAMID<br \/>\nKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LADA<\/p>\n<p>Tarikh\t:\t10 Januari 2024<br \/>\nMasa\t:\t4.00 petang<br \/>\nTempat\t:\tBella Vista Waterfront Langkawi<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">SALUTASI<\/p>\n<p>KATA ALUAN<\/p>\n<p>Terima kasih saudara\/saudari pengerusi majlis,<br \/>\nBismillahirrahmanirrahim.<br \/>\nAssalamu\u2019alaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.<\/p>\n<p>Salutasi<br \/>\n(Seperti di Lampiran) <\/p>\n<p>PENGENALAN<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1.\tIzinkan saya memulakan ucapan pada petang ini dengan merafakkan lafaz syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua kita dapat menjayakan Langkawi Tourism Gathering siri pertama bagi tahun 2024. Masih belum terlewat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua yang hadir.<\/p>\n<p>2.\tIzinkan saya mengucapkan juga selamat datang kepada rakan industri kita yang hanya Berbahasa Inggeris.<\/p>\n<p>Ladies and gentlemen,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">3.\tIt gives me immense pleasure to meet all of you at the first Langkawi Tourism Gathering of 2024. Let us take a moment to appreciate the achievements of 2023 and welcome the new year with open hearts and minds. I wish you all a very Happy New Year 2024!&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">4.\tSemoga kita dapat mulakan tahun baharu ini dengan azam serta iltizam yang tinggi serta bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengembalikan kegemilangan pulau yang kita kasihi ini. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">5.\tTerlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pelancongan yang diterajui oleh Dr. Azmil Munif Bin Mohd. Bukhari yang telah menjayakan penganjuran majlis kita pada petang ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">6.\tDi kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain industri pelancongan yang hadir pada hari ini kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama berkumpul dan beramah mesra, mengukuhkan perhubungan serta membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan demi pembangunan Langkawi.<\/p>\n<p>PEMULIHAN INDUSTRI PELANCONGAN <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">7.\tKita sedia maklum bahawa industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun 2019, industri pelancongan telah merekodkan sumbangan 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan nilai RM240.2 bilion. Manakala, guna tenaga dalam industri pelancongan mencatatkan 3.6 juta orang bersamaan 23.6 peratus keseluruhan guna tenaga Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">8.\tPada tahun yang sama, Langkawi telah mencatatkan kehadiran pelancong yang tertinggi iaitu 3.92 juta orang pelancong.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">9.\tWalau bagaimanapun, kita hanya mampu merancang, Allah Subhana Wa Taala jua lah penentu segala-galanya. Ternyata, kita amat terkesan dengan penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020 dan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan, seperti penginapan, pengangkutan, membeli-belah, makanan dan minuman dan penganjuran acara-acara terpaksa berhadapan dengan saat-saat yang paling menyulitkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">10.\tLADA telah mengambil inisiatif mewujudkan dan melancarkan Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi atau lebih dikenali sebagai HELANG pada 31 Mei 2020. Pelan ini merangkumi tiga (3) teras utama iaitu Pelancongan Yang Selamat, Budaya Setempat dan Kelestarian dan Kepelbagaian Ekonomi. Matlamat pelan ini adalah untuk memulihkan ekonomi Langkawi yang terjejas daripada penularan pandemik COVID-19.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">11.\tSelain itu, LADA juga turut bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia bagi memulakan inisiatif Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) bermula 15 November 2021 agar sektor pelancongan pulau ini boleh dipulihkan semula dengan norma baru.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">12.\tAlhamdulillah, selepas pelaksanaan pelan serta inisiatif ini, prestasi pelancongan Langkawi telah menunjukkan perkembangan yang positif dengan kehadiran pelancong yang semakin meningkat setiap tahun. Kini tibalah cabaran kita semua untuk meningkatkan kembali prestasi pelancongan pulau ini serta negara agar terus cemerlang dalam fasa endemik.<\/p>\n<p>PRESTASI PELANCONGAN 2023<\/p>\n<p>Hadirin yang dikasihi sekalian <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">13.\tSaya amat berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian yang telah diraih bagi tahun 2023. Walaupun Langkawi dihujani dengan pelbagai cabaran dalam usaha mengembalikan kegemilangan industri pelancongan di pulau ini. Saya berharap momentum kecemerlangan ini dapat dilonjakkan lagi pada tahun ini. <\/p>\n<p>Statistik Pelancongan 2023<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">14.\tKita sedar pada awalnya, sektor pelancongan Langkawi masih dalam peringkat pemulihan akibat impak wabak COVID-19. Namun begitu, prestasi pelancongan pulau ini telah menunjukkan tanda positif dengan peningkatan kehadiran pelancong seramai 2.81 juta orang dan jumlah pendapatan pelancongan bernilai RM4.4 bilion. <\/p>\n<p>Pengiktirafan dan Anugerah 2023 <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">15.\tSelain itu, tahun 2023 melabuhkan tirai dengan melakar kejayaan Langkawi dan juga LADA dengan penerimaan enam (6) pengiktirafan dari badan dan pertubuhan NGO serta media. Antara anugerah yang telah diterima ialah: <\/p>\n<p>i.\tAsian Tourism &#038; Hospitality (ATH) Awards 2022-2023 \u2013 \u201cLeading Govermment Tourism Board of The Year\u201d;<\/p>\n<p>ii.\tIBR Global Maritime And Aerospace Awards \u2013 \u201cGovernment Service Delivery for MICE Tourism Promotion Strategies&#8221;;<\/p>\n<p>iii.\tThe Best Resorts category The Rest of Asia: Readers&#8217; Choice Awards &#8211; No 1. The Ritz-Carlton Langkawi, Malaysia &#038; No 4. The Datai Langkawi, Malaysia<\/p>\n<p>iv.\tWorld Islamic Tourism Award \u2013 \u201cBest Wedding Destination\u201d; <\/p>\n<p>v.\tTop Islands: Readers\u2019 Choice Awards (Conde Nast Traveler) \u2013 \u201cTop 10 Islands In The World\u201d (Langkawi Ranked No.5); dan<\/p>\n<p>vi.\tTravel + Leisure Readers&#8217; 25 Favorite Islands in the World of 2023 \u2013 No. 9 dengan Skor Pembaca: 93.65.<\/p>\n<p>11.\tSelain itu, apa yang lebih bermakna lagi, apabila status Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark telah dilanjutkan selama empat tahun lagi apabila diberi penarafan kad hijau buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2007. <\/p>\n<p>CABARAN DAN EKSPEKTASI TAHUN 2024.<br \/>\nHadirin yang dikasihi sekalian <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">12.\tDalam kita melangkah ke tahun 2024, kita perlu cakna dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab, berdedikasi dan sentiasa menambah baik mutu produk serta perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">13.\tMembangunkan produk dan perkhidmatan pelancongan berprestasi tinggi hanya dapat dicapai dengan adanya usaha untuk terus maju, berinovatif dan bermandiri menghadapi cabaran. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">14.\tMenurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PATA, tahun ini industri pelancongan masih dalam fasa pemulihan dan keadaan industri di  rantau Asia Pasifik dijangka akan pulih pada tahun 2025 dari sudut pergerakan dan ketibaan pelancong. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">15.\tOleh itu, tahun ini, LADA menyasarkan jumlah kehadiran pelancong ke Langkawi sebanyak 3 juta orang pelancong dengan anggaran pendapatan pelancongan RM5.9 bilion.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">16.\tSasaran ini bukan hanya satu cabaran, tetapi merupakan satu inspirasi untuk kita terus bekerja keras dan berkongsi matlamat ke arah kejayaan yang lebih besar. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">17.\tLADA juga akan terus berusaha untuk memastikan sasaran ini berjaya dicapai dengan menggandakan pelaksanaan tindakan strategik serta bekerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensi-agensi di bawah kementerian tersebut seperti Tourism Malaysia khasnya dalam pelaksanaan promosi pelancongan domestik dan antarabangsa bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. <\/p>\n<p>18.\tAntara perancangan yang LADA akan laksanakan adalah seperti:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">i.\tMengadakan sesi libat urus bersama stakeholder utama di pasaran UAE terutamanya di Dubai bagi memastikan laluan penerbangan berjadual yang akan dilancarkan pada 10 Februari ini terus kekal dan menjadi pintu masuk antarabangsa yang utama dan terus membawa pelancong dari serta dunia ke Langkawi; <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">ii.\tSelain itu, siri pertemuan dengan syarikat penerbangan di destinasi antarabangsa yang lain akan diteruskan bagi menambah laluan penerbangan secara terus ke Langkawi terutama dari China, India dan beberapa buah negara Eropah; <\/p>\n<p>iii.\tLADA akan menyertai 12 program promosi utama antarabangsa antaranya ialah:<\/p>\n<p>a.\tThe Asia Pacific Incentives and Meetings Event (AIME), Australia (9 \u2013 21 Januari 2024);<br \/>\nb.\tOutbound Travel Mart (OTM), India (8 \u2013 10 Februari 2024);<br \/>\nc.\tITB Berlin, Germany serta misi jualan di Amsterdam &#038; Poland (5 \u2013 7 Mac 2024) dan<br \/>\nd.\tPATA Travel Mart, Kazakhstan (18\u201320 September 2024) dan lain-lain.<\/p>\n<p>iv.\tManakala bagi program promosi domestik juga tidak ketinggalan dengan lapan (8) program telah dirancang pada tahun ini;<\/p>\n<p>v.\tLADA juga akan terus akan menerima dan menyelaras FAM Trip ke produk-produk pelancongan, hotel penginapan dan juga restoran; dan <\/p>\n<p>vi.\tSelain FAM Trip, engagement dengan KOL (Key Opinion Leader) atau juga dikenali dengan Influencer juga akan terus dipergiatkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">19.\tBeberapa isu seperti kemudahsampaian melalui jalan laut perlu di diperhalusi, ditambahbaik dan ditangani bersama agensi yang berkaitan. Selain itu, isu kebersihan dan juga isu jumlah anjing liar yang semakin meningkat di Langkawi juga perlu diberi perhatian demi menjaga imej pulau ini sebagai destinasi pelancongan utama di negara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">20.\tSebanyak 20 acara pelancongan termasuk 6 acara ikonik yang telah dirancang sepanjang 2024 dengan tema yang berbeza akan dianjurkan. Antara acara ikonik yang bakal diadakan ialah: <\/p>\n<p>i.\t20th Royal Langkawi Internasional Regatta 2024 (15 \u2013 20 Jan.);<br \/>\nii.\tRoutes Asia 2024 (16 \u2013 18 Feb.);<br \/>\niii.\tLangkawi Legendary Ride (7 Sept.);<br \/>\niv.\tIronman Malaysia &#038; Ironman 70.3 Langkawi (11-12 Okt.); dan<br \/>\nv.\tLangkawi International Half Maraton (7 Dis.)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">21.\tIngin saya tekankan bahawa perancangan yang dirangka oleh LADA ini adalah untuk kita laksanakan secara bersama. Saya berharap agar usaha LADA dalam memperkasa dan mengembalikan kegemilangan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama ini akan mendapat sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya penggiat industri, pihak swasta, NGO, komuniti serta pemegang taruh berkaitan.<\/p>\n<p>PENUTUP <\/p>\n<p>Hadirin yang dikasihi sekalian<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">22.\tSesungguhnya tahun 2024 dijangka akan memberi cabaran yang lebih besar. Malah tahun ini juga amat penting bagi menentukan momentum Tahun Melawat Kedah 2025 dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026. Oleh itu marilah kita bersama-sama membina kejayaan demi kesejahteraan Langkawi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">23.\tSebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:<\/p>\n<p>Berjalan dari Ulu Melaka,<br \/>\nSinggah mandi di Lubuk Semilang,<br \/>\nCekalkan hati gandakan usaha,<br \/>\nIndustri pelancongan kembali gemilang.\n<\/p>\n<p>Sekian.<br \/>\nWabillahi Taufik Walhidayah,<br \/>\nWassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-bottom:40px;width:100%;\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:50px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dotted\" style=\"--awb-height:20px;--awb-amount:20px;border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[161],"tags":[],"class_list":["post-24314","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-teks-ucapan-2024-en"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24314","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24314"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24314\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24317,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24314\/revisions\/24317"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24314"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24314"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24314"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}