SOALAN LAZIM LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

U

nit Integriti merupakan salah satu inisiatif LADA bertujuan untuk memastikan pegawai dan kakitangan LADA mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Hal ini seiring dengan hasrat Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.

FUNGSI

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
  • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
  • Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib

FUNGSI UNIT PELABURAN

Pengurusan Pelaburan Swasta di tanah milik LADA
  • Penyediaan kajian pasaran, sosio ekonomi dan potensi pelaburan yang berkaitan dengan industri pelancongan dan pembangunan ekonomi Pulau Langkawi serta menyediakan cadangan potensi pelaburan dan produk pelancongan bagi meningkatkan daya saingan industri pelancongan Langkawi
  • Mengenal pasti potensi pelaburan atau kerjasama yang membawa keuntungan kepada LADA;
  • Menjana pelaburan ke Langkawi sejajar dengan keperluan pembangunan Langkawi;
  • Menggalakkan penyertaan penduduk tempatan dalam pelaburan di Langkawi;
  • Memberi pendedahan tentang pelaburan dan perniagaan kepada penduduk Langkawi;
  • Pengeluaran RFP serta mengenal pasti syarikat swasta yang berpotensi untuk menguruskan pusat pelancongan dan aset perniagaan yang dibangunkan oleh LADA;
  • Penyediaan analisa serta kertas kerja bagi tujuan kelulusan permohonan pelaburan di atas tanah milik LADA
  • Mengumpul data berkaitan nilai pelaburan di Langkawi dari semasa ke semasa; dan
  • Menyediakan statistik nilai pelaburan terkini mengikut sukuan tahun.
Promosi Pelaburan di Langkawi
  • Menjalankan aktiviti promosi Langkawi sebagai destinasi pilihan pelabur di dalam dan luar Negara;
  • Menjalinkan jalinan usahasama dengan agensi-agensi swasta dan kerajaan dari sektor pelaburan;
  • Penyediaan perkhidmatan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur di Langkawi bersesuaian dengan strategik dan pelan pembangunan Pulau Langkawi; dan
  • Menyediakan garis panduan atau risalah mengenai pelaburan.
Pengurusan M & O (Manage & Operate) di Aset LADA
  • Mengenalpasti potensi untuk pengurusan M & 0 aset-aset LADA; dan
  • Penyediaan analisa serta kertas kerja bagi tujuan kelulusan  permohonan M & O

UNIT PEMUDAHCARA PERNIAGAAN

Pembangunan Usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
  • Menyediakan platform/program pembangunan perniagaan yang memfokuskan kepada usahawan PKS tempatan bertaraf Kecil atau Sederhana
  •   
  • Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dengan pembangunan usahawan PKS
  •   
  • Membantu mempromosikan produk usahawan PKS Langkawi ke pasaran global
  •   
  • Menjadi pemudahcara kepada usahawan PKS termasuk dari segi bantuan infrastruktur, kemudahan kewangan, akses pasaran serta lain-lain khidmat nasihat pengurusan perniagaan
  •   
  • Menjadi pemudahcara dan pemberi bimbingan kepada usahawan PKS untuk memajukan perniagaan ke peringkat lebih tinggi dan
  •   
  • Pemantauan pertambahan perniagaan dan peluang pekerjaan di Langkawi.
  •   
[/fusion_highlight]Pemantapan Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai
  • Mempromosi serta menggalakkan aktiviti dagangan barangan premium/eksklusif dan
  •   
  • Penggerak bagi inisiatif memantapkan aktiviti ekonomi berteraskan bebas cukai.
  •   
U

nit Pemantauan dan Pelaksanaan

FUNGSI

  • Menyelaras pemantauan projek BPL 2011 – 2015
  • Urusetia Blueprint Pelancongan Langkawi
  • Menganalisa pelaksanaan projek bersama jabatan/agensi pelaksana
  • Mengesan dan menyelaras penambahbaikan yang dilakukan oleh agensi untuk dilaporkan kepada stakeholder
B

ahagian Kewangan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan nadi yang menentukan perjalanan dan pentadbiran kewangan. Bahagian ini juga berperanan sepenuhnya dalam memastikan setiap transaksi yang terlibat adalah mematuhi kepada semua Akta Acara Kewangan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

FUNGSI

  • Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan
  • Menyediakan Laporan Prestasi Kewangan
  • Menyediakan Belanjawan Tahunan
  • Menguruskan dan mengakaunkan kutipan dan terimaan hasil
  • Menguruskan dan memproses pembayaran bil/invois
  • Memproses pembayaran gaji dan elaun/kemudahan
B

ahagian Kejuruteraan Teknikal diwujudkan bagi menyelaras pembangunan Langkawi agar dapat mengerakkan industri pelancongan di samping tidak mengabaikan keindahan alam sekitar yang menjadi aset terpenting Langkawi sebagai tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Bertanggungjawab sepenuhnya bagi melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam selaras dengan Rancangan Struktur Langkawi dan memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual perancangan

VISI

Peneraju kepada komunikasi korporat dan perhubungan awam yang profesional dan strategik.

MISI

Mengukuhkan imej korporat jabatan melalui pengurusan komunikasi dan perhubungan awam strategik serta pembangunan komuniti secara inklusif.

OBJEKTIF

  • Memahami, memelihara dan meningkatkan imej jabatan melalui penyaluran maklumat perkhidmatan dengan berkesan
  • Memupuk hubungan korporat yang harmoni bersama industri, media, stakeholder dan pelanggan
  • Mengurus dan mengawal selia segala aktiviti berkaitan aduan yang diberikan oleh jabatan
  • Melaksanakan program pembangunan komuniti secara inklusif bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat Langkawi

FUNGSI KOMUNIKASI

  • Menyelaras ulasan/maklumbalas LADA berhubung penyediaan mesyuarat Jemaah Menteri/Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri.
  • Menyelaras deraf jawapan LADA kepada Menteri berhubung pertanyaan dari Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.
  • Menguruskan penyediaan teks ucapan Pengurusan Tertinggi LADA.
  • Menyelaras dan menyediakan penerbitan bulletin, laporan tahunan, kalendar dan penerbitan lain yang berkaitan.
  • Mengedarkan penerbitan-penerbitan yang diterima oleh LADA.
  • Menguruskan perpustakaan LADA termasuk koleksi, perolehan serta peminjaman buku perpustakaan LADA.
  • Menguruskan rekod harian laporan keratan akhbar utama dan berita online berkaitan LADA dan Langkawi.
  • Memantau dan melaksanakan pengurusan kreatif LADA di Laman Web Rasmi (www.lada.gov.my) serta sosial media.
  • Menyediakan laporan pemantauan media.
  • Menyelaras hebahan program dan aktiviti LADA melalui media sosial LADA.
  • Menyelaras penugasan fotografi bagi liputan acara dan program LADA.
  • Mengendalikan Knowledge LADA (K-LADA).
  • Menyediakan khidmat keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat khas di LADA.
  • Menguruskan perhubungan antara LADA dengan media.
  • Menguruskan cenderamata rasmi jabatan.

FUNGSI KORPORAT

  • Merancang dan menyelaras hal ehwal imej korporat LADA.
  • Menyelaras dan mengendalikan lawatan rasmi serta sesi perkongsian ilmu bersama agensi luar.
  • Menyampaikan taklimat berkaitan Lembaga Pembangunan Langkawi.
  • Menguruskan kajian kepuasan pelanggan dan kajian impak keberkesanan sistem penyampaian LADA.
  • Menyelaras dan memantau pengurusan aduan LADA.
  • Memudahcara perhubungan pelanggan dan stakeholder LADA.
  • Menyelaras penerimaan lawatan dari delegasi antarabangsa.
  • Menyelaras dan memantau Pegawai Khidmat Pelanggan serta sistem telefonis LADA.
  • Menguruskan hal ehwal kewangan, perkhidmatan dan pentadbiran dalaman unit.
  • Menguruskan peruntukan Corporate Social Responsibility (CSR) LADA.
  • Mengurusetiakan mesyuarat Unit Khidmat Korporat.

FUNGSI PEMBANGUNAN KOMUNITI

  • Merancang, menyelaras dan mengurus projek kecil infrastuktur komuniti.
  • Merancang, merangka, menyelaras dan mengurus program-program pembangunan sosial, modal insan, kerohanian dan ekonomi untuk pembangunan dan penglibatan komuniti di Langkawi.
  • Menyelaras di peringkat LADA bagi program/aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh agensi lain di Langkawi.
  • Melaksanakan urusan perhubungan antara LADA, agensi kerajaan, pihak swasta dengan masyarakat setempat.
  • Menyediakan dan menguruskan Pelan Strategik Pembangunan Komuniti berdasarkan keperluan.
  • Sebagai pusat pengumpulan data dan maklumat berkaitan komuniti Langkawi.